Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.bung] | تومبوڠ

Definisi : sesuatu yg membulat dan menonjol keluar; ~ dubur Id dubur yg keluar, prolapsus ani; ~ rahim Id rahim peranakan yg tertonjol keluar, prolapsus uteri; ~ kelapa (nyiur) kecambah di dlm buah kelapa (yg telah tua) yg berwarna putih kekuningan, isinya lembut dan boleh dimakan; sakit ~ sakit buasir; bertumbung ditumbuhi atau ada tumbung: kami pergi ke kebun utk melonggokkan buah kelapa yg sudah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bung] | تومبوڠ

Definisi : sesuatu yg bulat dan me­nonjol keluar. ~ kelapa kecambah dlm buah kelapa yg tua. ~ rahim rahim peranakan yg terjulur keluar. sakit ~ penyakit jubur; bawasir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tumbung

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Pucuk sembung selera muda;
Kalau tuan kasihkan kami,
     Carilah tumbung kelapa muda.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prolapstumbungPerubatanTiadaLihat prolaps.
prolapseprolapsPerubatanTiadaPenyesaran dan penonjolan sebahagian atau seluruh struktur atau organ daripada tempat asalnya, misalnya prolaps uterus. Sin: tumbung

Kembali ke atas