Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pat] | تومڤت

Definisi : 1. penuh berisi (ruang, rongga, dll), penuh sesak, padat, sendat: orang yg menghadap itu hingga bertemu lutut ~, tiada bersila lagi; ~ mampat (tumpul) = penuh ~ penuh betul (mampat, sesak); 2. tidak berongga, mampat, padu: kayu keras lebih ~ drpd kayu lembut; 3. ki tidak dapat berbuat apa-apa lagi (kerana hilang akal dll), terbuntu (fikiran dll), tersuntuk: kerana kematian ibunya itu, fikirannya menjadi ~; menumpat, menumpatkan 1. mengisi (menimbus dll) hingga penuh, memadatkan (lubang dll): ~ perigi buta; 2. ki menutup (mulut), menyumbat; tertumpat tertimbus (tertimbun dll) hingga penuh, tersumbat; ketumpatan 1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan; 2. (Mat) kadar atau nisbah yg didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dgn isi padunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pat] | تومڤت

Definisi : 1 penuh sesak atau penuh berisi (ttg ruang, rongga dll); padat: Stadium Merdeka telah ~ dgn penonton. penuh ~ penuh betul. 2 tidak berongga; padu: Kayu yg berat lebih ~ drpd kayu lempung. 3 tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; suntuk akal: Akalnya menjadi ~ mendengar berita buruk itu. menumpatkan mengisi hingga penuh; memadatkan. ketumpatan 1 hal atau keadaan tumpat. 2 ist kuantiti yg di­peroleh apabila berat dibahagikan dgn isi padu. ~ bandingan kadar ketumpatan sesuatu benda berbanding dgn ke­tumpatan sesuatu benda yg standard (spt air). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, sendat, sesak, penuh, mampat, tetal, padu, rapat, ketat, sarat, pejal, penuh tepu;,
Kata Terbitan : menumpatkan, ketumpatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metaphase chromosomekromosom metafasaFizikNanoteknologiStruktur DNA pada peringkat kitaran sel yang berada dalam keadaan paling tumpat dan mudah untuk dibezakan. Kromosom ini selalu dipilih untuk dianalisis kerana mudah dicerap. Sekiranya kromosom ini terlalu tumpat dan mampat, proses penciriannya menjadi sukar.
cancellous bonetulang kanselusSains SukanBiomekanikTulang berliang dan kurang tumpat yang terletak di bahagian dalam di hujung tulang panjang. Tulang kanselus dikenali juga sebagai tulang mapong atau tulang trabekular.
energetic fuelbahan api bertenagaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauHidrokarbon tumpat yang mempunyai kadar pelepasan tenaga haba yang tinggi dan mampu terbakar pada suhu rendah. Contohnya, kubana, benzvalena dan dihidrobenzvalena.
cortical bonetulang kortikalSains SukanBiomekanikLapisan luar tulang yang padat dan tumpat. Tulang kortikal dikenali juga sebagai tulang padat.
bone atrophyatrofi tulangSains SukanBiomekanikPenurunan ketumpatan tulang akibat kehilangan kalsium yang menyebabkan tulang kurang tumpat, lemah dan mudah retak. Atrofi tulang boleh disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang kurang aktif.
culmkulmaBuluhTiadaBatang yang mempunyai ruas antara buku, sama ada berongga atau tidak berongga. Contoh spesies buluh yang berongga ialah buluh semantan (Gigantochloa scortechinii) dan spesies buluh yang tidak berongga ialah buluh tumpat (Gigantochloa ligulata).
downwellingjunam airSains MarinTiadaPergerakan air laut dari bahagian permukaan ke dasar laut yang berlaku disebabkan oleh proses yang berbeza. Kebiasaannya pergerakan air laut ini disebabkan oleh perbezaan ketumpatan air, seperti air sejuk atau air berkemasinan tinggi yang lebih tumpat berbanding dengan air panas atau air berkemasinan rendah. Junam air dapat berlaku di kawasan pertemuan arus lautan yang menolak air permukaan ke bawah seperti kawasan pusaran subkutub Atlantik Utara. Pergerakan angin juga boleh mendorong berlakunya junam air. Kawasan-kawasan junam air mempunyai produktiviti yang rendah kerana nutrien dalam turus air digunakan, tetapi tidak diganti oleh air kaya nutrien dari dasar laut. Junam air juga membolehkan ventilasi laut dalam berlaku kerana air permukaan membawa oksigen terlarut turun dari permukaan ke dasar lautan.
boost pressuretekanan galakKejuruteraan AutomotifEnjinTekanan positif dalam pancarongga pengambilan semasa pengecas lampau atau pengecas turbo beroperasi. Tekanan ini dijana oleh kedua-dua peranti tersebut yang menolak udara masuk pada kadar yang lebih tinggi, menyebabkan udara dalam kebuk pembakaran menjadi lebih tumpat. Keadaan ini akan meninggikan kecekapan isi padu bagi sesebuah enjin dan menyebabkan kuasa keluaran enjin bertambah. Sinonim tekanan pancarongga.
main puterimain puteriKesusasteraanTiadaUpacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanuman, Jin Selakah tunggal, Bota dan semangat itu tidak bertanggungjawab, semangat tersebut akan dilepaskan. Proses ini berlaku sehingga semangat berkenaan dikenal pasti. Kemudian Tok Minduk akan melakukan proses tawar-menawar dengan semangat ini untuk memintanya meninggalkan tubuh badan si pesakit. Selepas mendapat persetujuan, semangat berkenaan pun keluar dan si pesakit akan pulih. Seterusnya, si pesakit akan bergerak dan menari yang menandakan bahawa dia telah pulih. Proses pengubatan tradisional main puteri masih lagi diamalkan di Kelantan. Antara tokoh main puteri yang tersohor ialah Bakar Daud (Bachok), Tok Minduk awang Omar (Tumpat) dan Pak Mat tok Teri (Gunung).

Kembali ke atas