Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp = menunggu; ruang ~ ruang tempat menanti; bertunggu 1. sedang menjaga, berjaga, berkawal: orang besar-besar sekaliannya ~ negeri; 2. sl menanti: maka baginda pun sediakala duduk menghadap Seri Betara ~ tunangan; menunggu 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anak­nya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; ~ angin lalu menunggu dgn sia-sia; ~ masa menunggu hingga tiba masanya (ketikanya); ~ tanduk kerbau goyah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin (berlaku, tiba, dll); menunggu-nungu, tertunggu-tunggu asyik menunggu, lama menunggu, sentiasa me-nunggu: ~ buah yg tidak kunjung jatuh; Sharifah Aini sedang tertunggu-tunggu kepulangan anaknya; menunggui 1. menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang yg ~ orang sakit itu di-suruhnya keluar semuanya; segala bangunan itu pun disuruh tunggui dan parit pun diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang dsb; penungguan perihal menunggu, penantian: apa yg ditunggu dia sendiri kurang tahu, barangkali ~ itu cuma utk mencari ruang utk menarik nafas; penunggu 1. orang yg menunggu (menga­wal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah ber­ubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku ber-jumpa hantu syaitan atau puaka ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Tetak buluh berdepa-depa,
     Cicak racit di dalam padi;
Orang tunggu terketa-keta,
     Dia nak cantik sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
redundancykelewahanSains NuklearKejuruteraan ReaktorPendekatan dalam mereka bentuk reaktor nuklear yang menentukan struktur, sistem dan komponen dengan dua atau lebih set yang berbeza dan berasingan, yang setiap satunya berkeupayaan melaksanakan fungsi yang sama untuk memastikan ada set yang berada pada status tunggu sedia.

Kembali ke atas