toothpaste flow | aliran ubat gigi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Aliran lamina di dalam saluran, dengan andaian tiada percampuran atau peresapan pada arah jejarian dan halaju aliran dianggap malar pada satu matra. |
tooth brushing | pemberusan gigi | Perubatan | Tiada | Proses membersihkan gigi menggunakan berus gigi dan ubat gigi. |
Bingham plastic fluid | bendalir plastik Bingham | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Bendalir yang memerlukan tegasan ricih awal (tegasan alah) untuk memulakan pengalirannya. Contoh bendalir jenis ini ialah ubat gigi, lumpur, minyak, cat, marjerin, larutan plastik, dan buburan arang baru, pasir, batu, dan toria. Tegasan ricih bendalir ini dijelaskan sebagai ?xy = -m0 dux/dy, jika |?xy| 0, ?xy = 0 jika |?xy| 0, dengan ?0 = tegasan alah, m0 = kelikatan berkesan, ?xy = tegasan ricih, dux/dy = kadar tegasan. |
camphor | kamfor | Kimia | Biokimia | Sebatian keton yang larut sedikit di dalam air, larut di dalam alkohol, eter, kloroform, karbon disulfida dan nafta pelarut, dan memejalwap dengan perlahan-lahan pada suhu bilik. Sebatian yang terdapat di dalam kayu pokok kapur barus ini, digunakan sebagai pelindung kulat, serbuk ubat gigi dan dalam bidang perubatan. |
fluorosis | fluorosis | Pergigian | Tiada | Keadaan patologi yang terjadi pada gigi disebabkan ion fluorida yang berlebihan dalam struktur enamel. Hasilnya akan terjadi bintik-bintik putih pada gigi dan struktur gigi menjadi lemah dan mudah patah. Fluorosis disebabkan peratusan ion fluorida dalam bekalan air melebihi 7 ppm atau akibat pengingesan ubat gigi berfluorida tinggi. Dalam kes yang teruk, gigi ini boleh dirawat dengan rawatan korona. |
acrodynia | akrodinia | Kimia | Forensik | 1. Penyakit yang dikenali sebagai penyakit merah jambu atau eritroedema. Penyakit ini berlaku pada bayi atau kanak-kanak pada peringkat tumbuh gigi, yang dicirikan dengan gatal-gatal, bengkak dan Kemerahan pada muka,jari tangan dan kaki, keresahan, keadaan lemah, dan neuritis. Keadaan ini di sebabkan merkuri atau garam merkuri yang ditambah dalam serbuk ubat gigi, salap, dan sebagainya. 2. Penyakit pada haiwan yang terencat dan menjadi dermatitis yang dicirikan dengan ke- merahan dan bengkak pada bahagian hujung kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku di sebabkan gizi tulen yang ditambah dengan tiamina dan riboflavin. Keadaan ini boleh diatasi dengan menambahkan ragi yang mengandungi vitamin B6 kepada bahan makanan. |
fluoride tablet | tablet berfluorida | Pergigian | Tiada | Ubat berbentuk pil yang mengandungi ion fluorida sebagai bahan kimia utamanya. Ubat ini direndam dalam air bagi menghasilkan larutan berfluorida untuk digunakan dalam larutan fluorida topikal yang disapu pada permukaan gigi. Ion fluorida dalam larutan ini akan diserap oleh struktur gigi dan menguatkan struktur gigi tersebut agar lebih resistan terhadap tindakan asid bagi mengurangkan kejadian karies. |
chronological hypoplasia | hipoplasia kronologikal | Pergigian | Tiada | Kecacatan tisu struktur gigi yang berlaku mengikut masa pembentukannya. Kesan kerosakan ini dapat dilihat secara menyeluruh pada semua gigi yang sedang terbentuk ketika gangguan seperti jangkitan dan pengambilan ubat. Kecacatan ini boleh berbentuk jalur berwarna atau tisu enamel yang keputihan bergantung kepada jenis gangguan. |
antifibrinolytic | antifibrinolitis | Perubatan | Tiada | Ubat perencat proses fibrinolisis yang melindungi darah beku daripada lisis dan seterusnya mengurangkan perdarahan hasil daripada kegagalan hemostasis. Dalam perubatan, terdapat satu antifibrinolitis yang berguna secara klinikal iaitu Aminocaproic Acid. Ubat ini digunakan untuk menghalang perdarahan selepas pembedahan prostat dan cabut gigi bagi pesakit hemofilia. Kesan sampingannya ialah miopati dan nekrosis otot. |
enamel defect | kecacatan enamel | Pergigian | Tiada | Permukaan enamel yang cacat disebabkan gangguan seperti jangkitan, pengambilan ubat seperti tetrasiklin atau trauma pada gigi susu yang berlaku semasa pembentukan enamel. Gangguan ini juga juga boleh berlaku semasa bayi di dalam kandungan atau selepas dilahirkan. Ini akan mengakibatkan permukaan enamel menjadi kasar, beralun atau kehitaman. Biasanya kecacatan ini boleh dirawat dengan restorasi komposit, venir berlapis atau korona. |