herbal medicines | ubat-ubatan herba | Herba | Tiada | Bahan ubatan yang mencakupi herba, bahan mentah herba, sediaan herba dan produk akhir herba dalam bentuk serbuk atau ekstrak yang diformulasikan sebagai kapsul, pil, tablet, pes, krim, salap dan lain-lain. |
pharmacy information management system | sistem pengurusan maklumat farmasi | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang menguruskan bahan dan ubat-ubatan dalam Unit Farmasi untuk memastikan kuantiti ubat-ubatan dan bahan guna habis mencukupi. Sistem ini membantu meningkatkan kecekapan kerja klinikal dan dapat memproses preskripsi dengan berkesan. Sistem ini juga membantu menjimatkan masa dan sumber, memudahkan akses kepada ubat-ubatan dan menjamin keselamatan data. |
active ingredient | ramuan aktif | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Komponen utama suatu tumbuhan ubatan atau produk herba yang mempunyai kesan terapeutik. Ramuan aktif boleh terdiri daripada ciri khusus tumbuhan ubatan atau produk herba. Contohnya, kemunting cina (Vinca rosea) mengandungi vinkristina dan vinblastina yang digunakan sebagai ubat antikanser. |
pharmacology network | rangkaian farmakologi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Interaksi biologi sistem yang kompleks antara ubat-ubatan dengan penyakit. Maklumat yang diperoleh daripada rangkaian farmakologi digunakan untuk memahami tindakan ubat-ubatan terhadap gen, protein dan metabolit yang terlibat secara langsung di dalam penyakit. |
medicinal plant | tumbuhan ubatan | Herba | Pemiawaian | Sebarang tumbuhan yang keseluruhan bahagian atau sebahagiannya, iaitu akar, daun, biji, batang atau bunga yang digunakan untuk tujuan perubatan. |
medicinal purpose | tujuan ubatan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sebarang kegunaan bahan untuk tujuan mengurangkan, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit atau simptom penyakit, mendiagnosis penyakit atau menentukan kewujudan atau tahap keadaan fisiologi atau patologi, kontrasepsi, mengaruh anestesia, mengekalkan, mengubah suai, mencegah, memulihkan, atau mengganggu, fungsi fisiologi normal; mengawal berat badan; dan mengekalkan atau mempromosi kesihatan atau kesejahteraan umum. |
medical epigenomics | epigenomik perubatan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kajian kesan ubat-ubatan ke atas penyakit yang disebabkan oleh faktor epigenom. Lihat juga epigenomik. |
illicit drugs | dadah terlarang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bahan termasuk ubat-ubatan yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, morfin, heroin, ganja dan sebagainya. Sinonim dadah berbahaya. |
nanovector | nanovektor | Fizik | Nanoteknologi | Vektor yang menggunakan bahan nanostruktur seperti nanotiub karbon untuk penghantaran ubatan. Proses penghantaran ini amat berkesan terutamanya dalam peningkatan penyebaran air, bioketersediaan, penusukan sel ke dalam tisu dan mengurangkan ketoksikan. Contoh nanovektor yang digunakan ialah virus tumbuhan. |
narcotic crime | jenayah narkotik | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kesalahan yang berkaitan dengan bahan terlarang, termasuk ubat-ubatan yang penggunaan, pemprosesan, pemilikan dan pengedarannya menyalahi undang-undang. Contohnya, kesalahan memiliki dan mengedar dadah. |