Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ji] | اوجي

Definisi : percubaan utk menentukan buruk baiknya (betul tidaknya, murni tidaknya, dll); bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk meng-uji; batu ~ sj batu yg digunakan utk mengetahui mutu emas; tabung ~ sj alat atau bekas drpd kaca yg digunakan dlm makmal (utk melaku-kan percubaan kimia dll); tahan ~ (akan) terbukti atau ternyata keasliannya (kebaikan-nya dll kalau dicuba atau diperiksa), terjamin; beruji mengadakan percubaan utk menentu-kan mana yg lebih baik (handal, kuat, dll), mengadu kekuatan (kepandaian dll); menguji 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar (kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil la­ding pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang dll): memberi­kan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); teruji (telah) diuji utk mengetahui kemampu-annya dsb: pemain-pemain muda yg belum begitu ~; ujian 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya (keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan, dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~ kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; bahan ~ Id soalan utk peperiksaan; batu ~ batu uji; keujian 1. Mn telah diketahui (kejahatannya dll), kelihatan, ketahuan; sekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lama-nya orang tidak percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian, mendapat kekalahan dlm pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda men­dengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu olehnya; pengujian perihal menguji, pemeriksaan; penguji 1. orang yg menguji, pemeriksa; 2. alat utk menguji; 3. sesuatu yg menguji: hijrah adalah ~ iman yg sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ji] | اوجي

Definisi : ; menguji 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Matematik. 2 menyelidik atau memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaan sebenarnya: Ia ~ kereta itu dahulu sebelum membelinya. 3 memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji. 4 menduga kecekalan hati dsb: Bencana ini seolah-olah ~ ketabahan hati kita. ujian 1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: Dlm ~ itu, banyak juga murid yg gagal. 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji; dugaan; cubaan. ~ darah analisis sampel darah utk mengetahui atau mengenal pasti sesuatu jenis penyakit: ~ darah terpaksa dilakukan terhadap pesakit itu. pengujian perbuatan (hal, cara dsb) menguji. penguji 1 orang yg menguji. 2 alat utk menguji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,

Peribahasa

Laksana barang yang disadur.

Bermaksud :

Tak tahan uji. sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coupling losseskehilangan penggandingTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKehilangan bahan pengganding pada prob yang menyebabkan penghantaran gelombang bunyi dari prob ke bahan uji atau balikan bunyi dari bahan uji ke prob berkurangan. Keadaan ini menyebabkan kepekaan ujian ultrasonik menjadi rendah. Gandingan prob dengan bahan uji sangat penting dalam ujian ultrasonik. Contoh bahan pengganding ialah air, minyak dan gliserin.
confocal optical microscopy (COM)mikroskopi optik sefokus (COM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah yang digunakan untuk meningkatkan kontras (kejelasan) imej pada mikroskop, terutama pada sampel/bahan uji yang tebal. Sampel/bahan uji akan disinari oleh cahaya sefokus. Cahaya sefokus terbentuk apabila cahaya tersebut melalui lubang (pinhole). Cahaya daripada sampel/bahan uji tersebut kemudiannya terpantul semula dan dikesan oleh alat pengesan.
B-scanimbas-BTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPaparan yang menunjukkan pandangan profil keratan rentas bahan uji. Dalam imbas-B, masa perjalanan gelombang bunyi dipaparkan sepanjang paksi menegak dan kedudukan linear prob dipaparkan pada paksi mendatar. Kedudukan kedalaman dan saiz pemantul bahan uji pada arah imbasan dapat diketahui dan ditentukan. Contohnya, pada rajah nombor rajah terdapat dua jenis pantulan bunyi dari bahan uji (a-a dan b-b) yang berbeza bentuk, saiz dan kedalaman dan akhirnya menghasilkan imej imbas-B.
couplantpenggandingTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBahan cecair seperti air, minyak dan gris yang digunakan sebagai perantara antara permukaan bahan uji dan prob bagi menghantar atau menerima gelombang ultrasonik menembusi bahan uji.
food tasteuji rasa makananMakanan dan PemakananProduksi MakananTiada
porosity testuji porosKesenianHiasan DalamanKaedah menentukan kadar keporosan lantai konkrit sebelum kerja memasang karpet dilaksanakan menggunakan perekat. Kaedah yang biasa digunakan adalah dengan menuang secawan air pada permukaan lantai secara rambang. Sekiranya air meresap, ini menandakan lantai tersebut poros. Jika air masih berada di lantai atau pecah menjadi manik-manik air, menandakan lantai tersebut kalis serapan.
C-scanimbas-CTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSaiz ketakselanjaran dari bahan uji. Dalam imbas-C, satah imej adalah selari dengan corak imbasan prob. Pembentangan imbas-C dihasilkan melalui sistem pemerolehan data automatik menerusi sistem imbasan kawalan berkomputer. Get pengumpulan data dihasilkan melalui pemilihan isyarat pada imbas-A, dan amplitud atau masa perjalanan gelombang bunyi direkodkan pada selang masa tertentu ketika prob diimbas pada permukaan bahan uji.
test lightlampu ujiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMentol lampu dan dawai untuk menguji keselanjaran litar elektrik.
catalytic reagentbahan uji bermangkinTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan yang terlibat dan mempercepat tindak balas kimia, namun kekal tidak berubah sehingga tindak balas selesai.
stoichiometric reagentbahan uji stoikiometriTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan tindak balas yang digunakan sehingga habis dalam tindak balas kimia yang optimum.
123456

Kembali ke atas