equivalent dose | dos setara | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Hasil darab dos terserap, D bagi tisu dan faktor kualiti, Q. Dos setara, E boleh diungkapkan sebagai E = DQ. Nilai Q bersandar pada jenis sinaran, dengan Q = 1 untuk sinar-X, sinar gama dan zarah beta, manakala untuk proton, neutron dan zarah alfa, nilainya lebih besar daripada 1. Unit bagi E ialah Sievert (SV) dan D ialah gray. Dos setara 1 Sv untuk seluruh badan boleh menyebabkan sedikit perubahan pada darah, manakala 2.5 Sv boleh menyebabkan kehilangan rambut, loya, atau kematian bagi kebanyakan kes. Lihat juga dos berkesan. |
subsurface discontinuities | ketakselanjaran subpermukaan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sejenis ketakselanjaran yang berada lebih kurang 1 mm hingga 2.5 mm di bawah permukaan bahan uji. Ketakselajaran jenis ini dapat dikesan dengan menggunakan kaedah zarah bermagnet, arus pusar, dan ultrasonik. |
Malaysian Standards (MS) | Standard Malaysia (MS) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Dokumen standard rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk keperluan industri di Malaysia. Contoh standard NDT yang dikeluarkan oleh JSM adalah seperti yang berikut: (i) MS ISO 16809:2017 – Non-Destructive Testing Ultrasonic Thickness Measurement, (ii) MS 1317:2007 – Non-Destructive Testing of Welds – Radiographic Testing of Fusion – Welded Joints (Second Revision), (iii) MS 2399:2011 – Non-Destructive Testing of Welds – Magnetic Particle Testing, (iv) MS 2399:2011 – Non-Destructive Testing of Welds – Magnetic Particle Testing, (v) MS ISO 9712:2014 – Non-Destructive Testing – Qualification and Certification of NDT Personnel (ISO 9712:2012, IDT), (vi) MS ISO 3452-1:2014 – Non-Destructive Testing- Penetrant Testing – Part 1: General Principles (ISO 3452-1:2013, IDT), (vii) MS ISO 3452-2:2014 – Non-Destructive Testing– Penetrant Testing – Part 2: Testing of Penetrant Materials (ISO 3452-2:2013, IDT), (viii) MS ISO 3452-3:2014 – Non-Destructive Testing – Penetrant Testing – Part 3: Reference Test Blocks (ISO 3452-3:2013, IDT), (ix) MS ISO 3452-4:2014 – Non-Destructive Testing – Penetrant Testing – Part 4: Equipment (ISO 3452- 4:1998. IDT), (x) MS ISO 3452-5:2014 – Non-Destructive Testing– Penetrant Testing – Part 5: Penetrant Testing At Temperatures Higher Than 50°C (ISO 3452- 5:2008, IDT), (xi) MS ISO 3452-6:2014 – Non-Destructive Testing –Penetrant Testing – Part 6: Penetrant Testing At Temperatures Lower Than 10°C (ISO 3452- 6:2008, IDT), dan MS ISO 17636-1:2017 – Non-Destructive Testing Of Welds – Radiographic Testing – Part 1: X- and Gamma-Ray Techniques with Film (Third Revision) (ISO 17636-1:2013, IDT) |
pair production | penghasilan berpasangan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02 MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis. |
divergence | capahan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sifat alur gelombang yang menyerak pada suatu sudut, yang berlaku sebaik gelombang keluar dari prob. Sudut capahan tersebut boleh dikira menggunakan formula seperti yang berikut: γ = sin-1(kλ/D), Dengan γ ialah sudut capahan, k ialah pemalar, λ ialah panjang gelombang, dan D ialah diameter prob. Sudut ini diperlukan untuk memilih kesesuaian prob yang akan digunakan untuk pengujian ultrasonik. |
radiation output | output sinaran | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kadar keamatan sinaran selama satu jam dalam unit Sievert (Sv) di udara yang berjarak satu meter daripada punca sinaran tanpa gangguan sinaran terserak untuk aktiviti 1 GBq. Output sinaran turut dikenali sebagai kecerahan spesifik, nilai RHM, atau faktor-K. |
micro focus X-ray tube | fokus mikro tiub sinar-X | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Peranti tiub sinar-X yang mempunyai titik fokus bersaiz mikro pada sasaran anod. Saiz titik fokusnya kurang dari 0.1 mm. Peranti ini digunakan secara meluas dalam industri elektronik. |
absorption coefficient | pekali serapan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ukuran pengecilan yang disebabkan oleh penyerapan tenaga apabila sinaran melintasi sesuatu medium. Penyerapan tenaga ini menyebabkan keamatan sinaran berkurang. Nilai ini bersamaan dengan pecahan per unit jarak sinaran terserap. Unitnya ialah cm-1. Pekali penyerapan boleh dikaitkan sebagai: I = I0e-μx, dengan I ialah keamatan selepas melalui medium, I0 ialah keamatan asal, x ialah ketebalan medium dan μ ialah pekali serapan. |
IOW block | blok IOW | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok logam (keluli, aluminium dan aloi) bertentukuran piawai yang digunakan untuk membina profil alur dan menentukan resolusi prob. Blok ini dikeluarkan oleh Institute of Welding (IOW). Blok ini mengandungi lubang gerudi berdiameter 1.5 mm pada kedudukan-kedudukan seperti yang ditunjukkan pada rajah. |
beam spread angle | sudut serak alur | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sudut serakan alur bunyi (θ ) yang terhasil apabila gelombang bunyi bergerak melalui sesuatu medium selepas melalui jarak medan jauh. Sudut serakan alur (θ) boleh diukur dengan menggunakan formula berikut: sin (θ/2) = kλ/D, Dengan k ialah pemalar, λ ialah panjang gelombang, dan D ialah garis pusat prob. k bersamaan dengan 1.22 bagi capahan paling besar, 1.08 bagi penurunan 20 dB dan 0.56 bagi penurunan 6 dB. |