Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik, mundar-mandir: empat kali Pak Pandir dgn Mak Andeh berangkut ~, baharulah habis semuanya; berulang-alik berpergian dan kembali pula (berkali-kali), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik, berulang: aku tahu perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam; pengulang-alik (Kej) peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanik kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kerap kali pergi dan balik; mundar-mandir. berulang-alik berpergian dan kembali pula (berulang-ulang), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik semula: Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam. pengulang-alik ist peranti elektrik yg menukarkan kuasa mekanikal kpd kuasa elektrik dan membekalkan arus ulang-alik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulang-alik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alternating currentarus ulang-alikKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaArus yang mengalir dalam litar yang sentiasa berubah arah setiap setengah pusingan, positif dan negatif secara berkala.
commuter zonezon ulang-alikPenilaian Harta TanahTiadaTiada
periodic commuting arrangementpengaturan ulang alik berkalaSains PolitikHubungan AntarabangsaSkim yang membenarkan penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja.
rectifierpenerusKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti yang menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus.
reciprocating engineenjin salinganKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin pembakaran dalam, beromboh yang bergerak secara ulang-alik dalam silinder. Omboh ini disambungkan dengan rod penghubung untuk menghantar daya akibat pengembangan gas hasil pembakaran ke aci engkol. Tindakan ini menukarkan gerakan salingan omboh kepada gerakan putaran aci engkol.
three-phasetiga fasaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTiga sambungan dalam litar pada pemegun penjana arus ulang-alik.
alternatorpengulang-alikKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang menjanakan arus ulang-alik.
cyclic voltammetryvoltammetri berkitarKimiaKimia AnalisisKaedah elektrokimia bagi mengkaji perubahan keupayaan pada suatu elektrod yang melibatkan sapuan keupayaan secara ulang-alik. Kaedah ini sesuai untuk mengkaji sama ada suatu tindak balas redoks itu berbalik atau tidak.
diodediodKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti elektronik yang membenarkan arus mengalir pada satu arah yang digunakan sebagai litar pengawal dan penerus arus ulang-alik.
hysteresis loopgelung histeresisNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanGraf yang menunjukkan ketumpatan medan magnet pada perubahan daya pemagnetan yang sama melalui satu litar bekalan arus ulang-alik. Gelung histerisis membolehkan kadar magnet baki dan tahap ketepuan magnet diketahui. Graf ini diwakili oleh paksi ketumpatan fluks (B) lawan paksi daya pemagnetan (H).
12

Kembali ke atas