Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lat] | اولت

Definisi : 1. sj binatang kecil yg umumnya lembut dan banyak kakinya (akan menjelma menjadi kepompong dan seterusnya kupu-kupu); 2. segala macam anak serangga yg masih lembut badannya (spt berenga, lundi, dll); macam ~ ki terlalu banyak (bkn orang yg berhimpun di sesuatu tempat dsb); 3. (Komp) sj atur cara yg memadamkan data drpd ingatan komputer secara perlahan-lahan; ~ bulu a) ulat yg berbulu badannya; b) orang (lelaki) yg gatal; ~ bulu laut sj ulat yg diguna-kan utk racun, Chloeria flava; ~ daun sj ulat yg memakan daun-daunan; ~ gading = ~ layar sj ulat yg merosakkan batang padi; ~ kecar lotong sj ulat, Atopos maximus; ~ ratus sj ulat yg memakan daun dan batang padi, Spodoptera spp.; ~ sutera sj ulat yg mengeluar-kan benang utk dijadikan sutera, Bombyx mori; bagai ~ nangka terhempas ke batu prb orang yg jahat itu tidak berasa serik oleh kesusahan drpd kejahatannya; bagai melihat ~ prb sangat benci (meluat) melihat sesuatu; korek lubang ~ prb sengaja mencari perselisihan; menggeletik-geletik bagai ~ nangka = menggeletik-geletik bagai ~ cempedak = terloncat-loncat bagai ~ pinang prb a) orang yg gelisah; b) perangai yg tidak tetap dan tidak sungguh ketika duduk (berjalan); c) anak gadis yg lincah perangainya; berulat ada ulat(nya), buruk (rosak) kerana dimakan ulat: buah yg manis itu acapkali ~; ~ mata melihat prb sangat benci atau meluat melihat sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lat] | اولت

Definisi : ® ulet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lat] | اولت

Definisi : berbagai-bagai jenis binatang kecil yg banyak kakinya serta lembut badannya dan akan menjelma menjadi kupu-kupu; berbagai-bagai jenis anak serangga yg masih lembut badannya (spt berenga, lundi). ~ bulu ulat yg berbulu badannya. ~ daun ulat yg suka memakan daun. ~ gonggok ulat spt lipan tetapi banyak kakinya dan mudah bergelung jika disentuh, Trigoniulus lumbricinus. ~ inti daun ulat halus yg memakan tisu daun dan menyebabkan daun menjadi bertompok-tompok perang. ~ sutera ulat yg mengeluarkan benang utk dijadikan sutera, Bombyx mori. ~ tanah ulat spt cacing yg berwarna kelabu kehitam-hitaman dan kelihatan spt berlilin (sering merosakkan tanam-tanaman). berulat busuk atau buruk kerana terdapat ulat di dlmnya (bkn buah-buahan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulat (kata nama)
Bersinonim dengan berengga, olong-olong, larva, beluncas, ulat bulu;,
Kata Terbitan : berulat,

Puisi
 

Sakit gigi dimakan ulat,
     Tinggal sebatang dua batang;
Tuan benci aku meluat,
     Tuan kasih aku sayang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Ulat dalam batu pun hidup juga.

Bermaksud :

Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
live foodmakanan hidupPerikananAkuakulturHaiwan kecil atau haiwan seni yang hidup dan dijadikan sebagai makanan untuk haiwan yang lebih besar. Contoh makanan hidup ialah moina, Daphnia, artemia, ulat harimau, anak ikan, cengkerik, dan lipan. Selain diberi dalam bentuk hidup, makanan hidup juga diberi dalam bentuk sejuk beku dan sejuk kering. Contoh makanan hidup yang diberikan kepada ikan arowana ialah lipan, cengkerik, anak ikan dan ulat harimau.
chenillecenilKesenianHiasan DalamanBenang atau bahan fabrik yang dihasilkan melalui proses yang unik. Cenil berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ulat bulu. Ahli sejarah tekstil berpendapat bahawa benang jenis cenil merupakan ciptaan terbaharu pada abad ke-18, yang kemudiannya menjadi jalur untuk menghasilkan benang cenil dan yan cenil.
anecdoteanekdotKesusasteraanTiadaNaratif ringkas tentang sesuatu perkara yang dianggap benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan seseorang tokoh. Anekdot biasanya wujud dalam penulisan biografi, esei, dan ucapan tertentu. Anekdot bertujuan untuk memperincikan perwatakan seseorang dan memberikan penekanan kepada sesuatu idea yang abstrak agar lebih konkrit dan mudah difahami. Tema dan plot sesuatu anekdot biasanya ringkas dan mudah. Kebanyakannya mengandungi mesej yang bersifat didaktik, ironi, dan sindiran. Ada kalanya anekdot penuh dengan kisah lucu dan menghiburkan hati pembaca. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat anekdot tentang tokoh sejarah tertentu dalam karya sastera bercorak sejarah. Contohnya dalam Sejarah Melayu terdapat anekdot tentang Tun Perak, Tun Mutahir, Tun Fatimah, sultan, pembesar, dan watak lain. Kisah �Tun Mai Ulat Bulu� belajar mengaji dengan Makhdum Sadar Jahan merupakan salah satu anekdot lucu yang menarik. Anekdot lucu juga boleh ditemui dalam cerita �Pak Kaduk� dan �Lebai Malang�.

Kembali ke atas