ultrasound light | cahaya ultrabunyi | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
Rayleigh waves | gelombang Rayleigh | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Gelombang ultrabunyi yang bergerak pada permukaan sampel. Dalam gelombang Rayleigh, zarah-zarah bergetar dan bergerak secara elips pada permukaan dan subpermukaan bahan dengan kedalaman satu panjang gelombang. Pada keluli, ia bergerak dengan kelajuan sekitar 0.9 X kelajuan gelombang ricih. Gelombang ini telah ditemui oleh Lord Rayleigh pada tahun 1885. Rajah menunjukkan lakaran pergerakan gelombang Rayleigh pada permukaan dan subpermukaan sampel. |
Lamb wave | gelombang Lamb | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sejenis gelombang ultrabunyi yang bergerak pada kepingan plat logam. Gelombang ini boleh dijana dalam plat yang mempunyai sempadan daya tarikan bebas dengan bilangan mod yang tidak terhingga bagi dua permukaan selari objek ujian. Gelombang ini telah ditemui oleh Lord Horace Lamb pada tahun 1916. Lazimnya, gelombang ini dikenali juga sebagai gelombang plat. |
teleradiology | teleradiologi | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Kaedah transmisi imej radiologi seperti imej sinar-X, imbas CT, MRI dan ultrabunyi dari pelbagai lokasi dengan menggunakan komputer, rangkaian telefon dan kemudahan Internet. Transmisi imej ini dilakukan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dengan pakar perubatan lain atau bagi tujuan laporan pakar perubatan. Kaedah ini membolehkan pakar radiologi memberikan khidmat kepakaran mereka kepada pesakit yang sedang mendapatkan rawatan tanpa perlu berada di hospital. |
pregnancy diagnosis | diagnosis kebuntingan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah yang digunakan untuk mengetahui status kebuntingan haiwan. Pelbagai teknik mendiagnosis kebuntingan pada haiwan boleh dilakukan seperti pempalpatan rektum, pengukuran aras hormon, pengukuran aras protein awal kebuntingan dan pemeriksaan menggunakan pengimbas ultrabunyi. Penentuan kebuntingan pada peringkat awal haiwan amat penting dalam pengurusan haiwan. |
picture archiving and communications system (PACS) | sistem komunikasi dan pengarkiban gambar (PACS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Teknologi pengimejan perubatan yang digunakan untuk menyimpan, memperoleh, membentang dan berkongsi imej yang dihasilkan oleh pelbagai peranti perubatan seperti sinar-X, imbas CT, mesin MRI dan ultrabunyi. |