spiropyran | spiropiran | Fizik | Nanoteknologi | Satu daripada molekul organik yang bersifat fotokromat. Pada keadaan asal, molekul ini tidak berwarna, dan apabila dikenakan sinaran ultralembayung, struktur molekulnya berubah sehingga kelihatan berwarna. Molekul itu kembali pulih kepada struktur asal dan tidak berwarna apabila dedahan kepada sinaran ultralembayung dihentikan. |
photosensor | fotosensor | Fizik | Nanoteknologi | Peranti elektronik yang mengesan kehadiran cahaya tampak, sinaran inframerah, atau sinaran ultralembayung. Kebanyakan fotosensor terdiri daripada bahan semikonduktor yang mempunyai sifat fotokekonduksian, iaitu kekonduksian elektrik berubah dengan keamatan sinaran yang menimpa permukaan fotosensor. Contoh fotosensor ialah fotodiod, fototransistor dwikutub, dan fotoFET (transistor fotopeka kesan-medan). Fotosensor sinaran ultralembayung menggunakan fotodiod nanorod zink oksida. Fotosensor digunakan dalam sistem optik gentian, pengimbas optik, pemacu cakera optik dan peranti kawalan jauh. |
near ultraviolet region | daerah ultralembayung dekat | Kimia | Kimia Analisis | Julat panjang gelombang sinaran elektromagnet di antara 200-400nm yang bersamaan dengan frekuensi di antara 1.5 x 1015-7.5 x 1014 Hz. |
ultraviolet spectrophotometry | spektrofotometri ultraungu | Herba | Tiada | Kaedah pengukuran spektrofotometri yang dilakukan dalam kawasan ultralembayung. Kaedah ini menentukan kandungan komponen kimia yang dapat menyerap sinaran pada panjang gelombang antara 200 nm - 400 nm dan digunakan untuk mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Contohnya penyerapan maksimum flavonoid dalam herba dikesan pada panjang gelombang 230 nm - 250 nm. |
densitometry | densitometri | Herba | Tiada | Kaedah pengukuran kuantitatif berdasarkan ketumpatan optik komponen kimia yang menyerap sinaran ultralembayung dan sinaran tampak. Komponen kimia herba dipisahkan secara kromatografi lapisan nipis dan kuantiti setiap komponen yang terpisah dinilai menggunakan alat densitometer. Penilaian densitometri menggunakan bahan penanda berupaya menentukan tahap kualiti, keselamatan dan keberkesanan bahan mentah atau sediaan herba. |
photometric titration | titratan fotometeri | Kimia | Kimia Analisis | Teknik titratan yang menggunakan perubahan serapan sinaran nampak atau ultralembayung sebagai asas untuk menentukan takat akhirnya. |
pathyway length | panjang laluan | Kimia | Kimia Analisis | Jarak atau panjang laluan alur cahaya dalam spektrometer misalnya spektrometer inframerah dan ultralembayung yang ditentukan oleh tebal sel yang diisi dengan sampel. |
atomic absorption spectroscopy | spektroskopi penyerapan atom | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah analisis bagi penentuan kuantitatif unsur. Kaedah ini berdasarkan penyerapan cahaya ultralembayung atau cahaya nampak oleh atom dalam keadaan gas. Dalam kaedah ini sampel ditukarkan kepada bentuk wap dengan menyebarkan larutan ke dalam nyalaan. Punca cahaya yang digunakan terdiri daripada lampu katod berongga yang mengandungi unsur itu yang atom unsur ini akan menyerap secara presis pada panjang gelombang yang dipancarkan oleh punca cahaya tersebut. |
dual-wavelength photometer | fotometer panjang gelombang duaan | Kimia | Kimia Analisis | Pengesan fotometri dalam teknik kromatografi turus cecair yang berdasarkan penyerapan cahaya ultralembayung oleh sebatian kimia. Dalam fotometer ini lampu raksa menyinari tabir yang disaluti separa dengan penukar fosfor yang bertindak sebagai sumber cahaya komposit, masing-masing dengan panjang gelombang berbeza iaitu 254 nm dan 280 nm dan terpecah kepada dua alur yang berlainan. Separa relatif pada 254 nm dan 280 nm digunakan sebagai asas kualitatif. |
solar-blind photomultiplier | pemfotoganda buta suria | Kimia | Kimia Analisis | Pengesan yang terdapat pada spektrofometer untuk mengesan sinaran atau pancaran dalam daerah ultralembayung dan daerah nampak. Pengesan ini harus disimpan di dalam bekas yang tidak boleh dimasuki oleh cahaya suria. |