Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.da.ngan] | اوندڠن

Definisi : ; majlis (dewan) ~ majlis (dewan) yg menggubal undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.da.ngan] | اوندڠن

Definisi : 1. orang yg diundang, jemputan; 2. panggilan (utk datang), jemputan: pd suatu hari, dia menerima ~ utk menghadiri satu pesta di rumah temannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.da.ngan] | اوندڠن

Definisi : ; majlis (dewan) ~ badan yg menggubal undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[un.da.ngan] | اوندڠن

Definisi : 1 orang yg diundang. 2 jemputan atau panggilan utk datang: kad ~ kad jemputan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata undangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
state executive councilmajIis mesyuarat negeriSains PolitikPolitik PerbandinganSatu badan atau jawatankuasa yang memiliki kuasa eksekutif dalam sesebuah negeri yang mengamalkan sistem negara persekutuan dan demokrasi berparlimen. Anggota majlis ini dilantik daripada kalangan ahli dewan perundangan atau dewan undangan negeri yang menguasai majoriti dewan. Mereka melaksanakan pemerintahan di peringkat negeri seperti yang telah diluluskan oleh dewan undangan negeri dengan mengagih-agihkan portfolio seperti Exco kewangan, pertanian, pendidikan, perumahan, alam sekitar dan sebagainya, sebagaimana tugas anggota kabinet di peringkat pusat. Contohnya, setiap negeri di Malaysia mempunyai majlis mesyuarat negeri masing-masing.
statenegeriSains PolitikPolitik PerbandinganSatu wilayah atau kawasan yang wujud dalam sebuah negara persekutuan yang mempunyai sempadan yang jelas, penduduk, kedaulatan dan kerajaan sendiri. Gabungan beberapa negeri ini akan membentuk sebuah negara persekutuan. Kerajaan negeri biasanya mempunyai kuasa autonomi yang tersendiri. Negeri ini juga mempunyai dewan undangan dan pentadbiran sendiri. Terdapat autonomi negeri yang kuat dan dihormati oleh kerajaan pusat seperti negeri-negeri di Amerika Syarikat dan Kanada. Walaupun begitu, terdapat juga autonomi negeri yang lemah dan sering didominasi oleh kerajaan pusat seperti negeri di India.
power sharingperkongsian kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang terbahagi kepada beberapa kelompok dan parti politik yang mendorong kepada perkongsian bersama. Keadaan ini wujud apabila sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik dan calon persendirian. Parti politik atau individu yang telah dipilih menjadi ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri perlu berkongsi undi dalam dewan perundangan bagi menjamin majoriti dan sekali gus berkongsi jawatan dalam kabinet. Melalui perkongsian ini, mereka berupaya menguasai kerajaan. Contohnya, kerajaan Indonesia pasca-Soeharto terpaksa melakukan perkongsian kuasa kerana sokongan orang ramai dalam pilihan raya terbahagi kepada beberapa parti politik.
Poll booksenarai pengundiSains PolitikPolitik PerbandinganSenarai daftar pengundi yang menyimpan butiran lengkap mengenai semua pengundi yang layak bagi sesuatu kawasan. Senarai ini disediakan oleh badan yang menguruskan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Malaysia. Kebiasaannya senarai ini dibahagikan menurut kawasan pilihan raya sama ada di peringkat negeri untuk dewan undangan negeri atau peringkat parlimen. Individu yang tersenarai dalam kertas ini layak mengundi di kawasan tersebut. Contohnya, senarai pengundi yang dipamerkan oleh SPR di tempat awam untuk semakan sebelum pilihan raya diadakan.
swing voteundi beralihSains PolitikPolitik PerbandinganUndi yang berpindah secara besar-besaran dari satu pihak kepada pihak lain. Perpindahan undi yang besar ini berlaku kerana faktor-faktor seperti kemelesetan ekonomi, konflik kepimpinan yang berlaku atau pentadbiran yang lemah sehingga menyebabkan pengundi secara beramai-ramai mengalihkan sokongan mereka kepada pihak lain. Keadaan ini boleh menyebabkan satu kawasan yang biasanya menjadi penguasaan suatu parti itu tewas dan mula dikuasai oleh parti lain. Contohnya, undi kepada parti PAS Dewan Undangan Negeri Terengganu telah berpindah kepada BN pada tahun 2004. Sinonim undi berpindah.

Kembali ke atas