Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.gun] | اوڠݢون

Definisi : 1. longgokan kayu dll, timbunan, tompokan: ketika petang, mereka membakar ~ dan keluarlah asap yg berkepul-kepul dr daerah itu; 2. = ~ api = api ~ longgokan kayu dll yg terbakar, api longgokan kayu dll: di bawah penyalai itu hidup ~ batang manggis dan batang rambutan; mereka kelihatan duduk berbual-bual di tepi ~ api; berunggun 1. = berunggun-unggun ber-longgok-longgok, bertimbun-timbun, ber-tompok-tompok; 2. sedang membuat api unggun, sedang membakar kayu dll yg dilong-gokkan; 3. masih menyala (longgokan kayu yg dibakar dll); mengunggunkan 1. meletakkan (menyusun dll) kayu dll supaya bertimbun-timbun, me-longgokkan; 2. menimbunkan kayu dll dan dibakar; unggunan 1. longgokan kayu (sampah dll); 2. api unggun: beberapa orang anak kecil dan orang tua sedang duduk-duduk di ke-liling ~ api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.gun] | اوڠݢون

Definisi : , = unggunan 1 timbunan atau longgokan kayu dll: ~ sampah itu kemudian diangkut dgn lori. 2 = ~ api longgokan kayu atau sampah yg sedang terbakar: Kerana terlalu sejuk, mereka tidur di tepi ~ api. berunggun 1 berlonggok; bertimbun; bertompok. 2 sedang membakar kayu dll yg dilonggokkan. 3 masih berapi (bkn longgokan kayu yg dibakar). mengunggunkan 1 menyusun (kayu dll) supaya bertimbun-timbun; melonggokkan. 2 melonggokkan (kayu dll) utk dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
unggun
Kata Terbitan : unggunan, berunggun-unggun,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bonfireunggun apiSejarahTiadaApi yang dinyalakan di tanah lapang untuk merayakan sesuatu seperti perayaan St. Peter atau untuk membakar barang-barang seperti buku atau benda-benda berunsur keagamaan.
fire-pitlubang bakarLandskapTiadaTempat atau lubang khas untuk memasang unggun api di kawasan rekreasi seperti tapak perkhemahan.
hyperbolahiperbolaKesusasteraanTiadaGaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta. Contohnya dalam drama Macbeth oleh Shakespeare, ujaran lady macbeth selepas pembunuhan raja Duncan, �All the perfumes of Arabia will not wash this little hand� ialah suatu hiperbola. Contoh Melayu ditemui dalam puisi �Nyanyi Sunyi� oleh amir hamzah. Contoh dalam sastera Parsi ditemui dalam petikan sajak Syeikh Sa�di seperti yang berikut: �Usah kausakiti secebit hati sedapat mungkin, kerana sekali keluhan akan merosakkan seluruh alam!�. Contoh hiperbola ditemui dalam sajak A. Samad Said berjudul �Tapak yang Luhur� melalui petikan: Menyala unggun zaman yang perang... Hiperbola berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �membesar-besarkan�.

Kembali ke atas