open courseware (OCW) | perisian kursus terbuka (OCW) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahan pembelajaran berkualiti dan terbuka dalam bentuk digital yang dibangunkan oleh pihak universiti. Bahan tersebut disusun ke dalam bentuk kursus dan diterbitkan secara percuma menerusi Internet untuk digunakan atau diadaptasikan di bawah lesen kreatif terbuka dan biasanya tidak membawa kepada pensijilan mahupun kemudahan berinteraksi dengan tenaga pengajar. |
webcast | siar web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Penghantaran audio atau video kepada khalayak sasaran tentang sesuatu peristiwa yang disebarkan menerusi jaringan sejagat. Contohnya, sebuah universiti yang menawarkan kursus dalam talian membolehkan pengajar menyiarkan syarahannya yang berasaskan web secara langsung atau prarakam. |
hartal | hartal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan melumpuhkan semua aktiviti kerja seperti mengadakan mogok oleh pekerja perusahaan atau kakitangan kerajaan, menutup kedai oleh pemiliknya, ponteng sekolah atau universiti oleh pelajar dan pemberhentian semua transaksi pemiagaan seperti bank, saham, insurans dan sebagainya. Dengan tindakan ini, industri dan pengeluaran negara menjadi lumpuh serta memberi implikasi bahawa kerajaan yang sedang memerintah tidak mendapat sokongan dan didesak untuk meletakkan jawatan. Tindakan ini biasanya dilakukan di Asia Selatan terutama di India, Sri Lanka dan Bangladesh. Contohnya, tindakan melumpuhkan pentadbiran British oleh gerakan menuntut kemerdekaan India di bawah pimpinan Mahatma Gandhi. |
archetypal criticism | kritikan arketaip | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang melibatkan analisis tipa induk dan mitos, jenis perwatakan, tema serta motif yang muncul berulang kali dalam kesusasteraan. Kritikan arketaip dipengaruhi kajian asal dalam bidang antropologi bandingan di Universiti Cambridge, terutamanya dalam karya J.G. Frazer berjudul The Golden Bough. Karya ini mengkaji bentuk mitos, ritual dan psikolgi C.G. Jung. Karya Northrop Frye berjudul Anatomy of Criticism membicarakan tipa induk yang muncul berulang kali dalam karya sastera sehingga pembaca mengenalinya sebagai elemen signifikan dalam pengalaman pembacaannya. Menurut Frye, tipa induk ini berulang dalam beberapa bentuk naratif di sepanjang sejarah kesusasteraan Barat. Sebagai contoh, situasi (motif menempuh alam kedewasaan), perwatakan (motif suami cemburu), perjalanan plot (jejaka bertemu gadis, gadis menolak pinangan jejaka, jejaka mendapat gadis), imej (motif bunga ros sebagai lambang percintaan) dan tema (kebebasan memilih dan suratan takdir). Kritikan ini dikenali juga sebagai kritikan tipa induk atau kritikan Jung. Lihat juga kritikan Jung, tipa induk. |
Merrifield method | kaedah Merrifield | Fizik | Nanoteknologi | Teknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini. |
reactionary | reaksioner | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu atau golongan yang akan bertindak sebagai reaksi kepada sesuatu tindakan atau keputusan. Individu ini merupakan golongan yang sensitif terhadap sesuatu isu, namun mereka tidak akan bertindak sekiranya perkara tersebut tidak ditimbulkan. Contohnya golongan mahasiswa universiti di Indonesia merupakan kelompok reaksioner yang aktif. |
pork-barrel legislation | undang-undang pork-barrel | Sains Politik | Politik Perbandingan | Usul legislatif yang diluluskan bagi memperuntukkan perbelanjaan kerajaan untuk melaksanakan projek-projek dalam kawasan pilihan raya tertentu. Melalui undang-undang ini, anggota dewan berusaha membawa projek ke kawasannya seperti projek pangkalan tentera, kemudahan pengangkutan, pusat pentadbiran daerah, hospital besar atau universiti untuk memastikan kawasannya menjadi lebih maju. Secara tidak langsung projek ini memberi prospek untuk wakil rakyat kawasan tersebut terpilih dalam pilihan raya akan datang. Usul ini biasanya turut disokong oleh anggota lain dalam dewan perundangan. Undang-undang pork-barrel juga sering dirujuk dalam konteks politik Amerika Syarikat. |
festschrift | terbitan dedikasi | Kesusasteraan | Tiada | Kumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh dalam sastera Arab ialah Ila Taha Husayn Fi �Ida Miladih al-Sab�in disunting oleh �Abd al-Rahman Badawi, al-Kitab al-Tidhkari Muhyi al-Din fi al-Dhikra al-Mi�awiyah disunting oleh Ibrahim Bayyumi Madkur, Durakht-i Ma�rifat: Jashn-nama-yi Ustad Duktur �Abd al-Husayn Zarrinkub disunting oleh �Ali Asghar Muhammad Khani, Yad-nama-yi Jalal al-i Ahmad disunting oleh �Ali Dahbashi dan Fuad Koprulu Armagani disunting oleh Osman Turan. Terbitan dedikasi berasal daripada perkataan Jerman festschrift yang bermaksud �tulisan perayaan�. Lihat juga sumbangsih tizkari. |
peer group | kelompok sebaya | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok yang seangkatan umurnya. Kelompok ini tidak semestinya terdiri daripada satu kaum, tempat tinggal atau kelas sosial yang setara tetapi mereka berada dalam lingkungan umur yang sama. Kelompok sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik apabila cenderung pengaruh-mempengaruhi sesama mereka. Pengaruh sekolah dan ibu bapa yang selama ini ditanam dalam jiwa anak muda boleh berubah apabila mereka telah bercampur dengan kelompok sebaya. Golongan pelajar ketika di universiti dianggap sebagai kelompok sebaya yang sangat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Sinonim kelompok setara. |
behaviouralism | behaviouralisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendekatan yang menjelaskan persoalan fakta dalam sesuatu analisis politik. Menurut pendekatan ini, sesuatu kajian atau analisis politik perlu mengambil kira faktor ekonomi, sosial dan psikologi. Pendekatan ini cuba memahami politik dengan melihat perkaitan antara elemen tingkah laku masyarakat seperti sikap, kepercayaan, nilai, norma dan adat dengan aspek politik seperti pilihan raya, parti politik, penyertaan politik kumpulan pendesak, revolusi dan sebagainya. Pendekatan ini juga tidak melihat politik hanya bersifat keinstitusian seperti parlimen, kerajaan, legislatif, kehakiman dan pentadbiran awam. Dalam konteks ilmu politik, pendekatan ini muncul kesan daripada reaksi intelektual untuk menjadikan disiplin politik lebih bersifat holistik dan saintifik. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Charles E. Merriam dari Universiti Chicago pada tahun 1940-an dan kemudiannya dikembangkan oleh anak murid beliau antaranya V.O. Key, David B. Truman, Herbert Simon dan Gabriel Almond yang lebih popular dikenali sebagai "Chicago School of Thought". Sinonim faham tingkah laku. |