binary digit | digit dedua | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Unit paling kecil, iaitu 0 atau 1 untuk menyimpan data yang digunakan dalam sistem perpuluhan dedua. |
equivalent dose | dos setara | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Hasil darab dos terserap, D bagi tisu dan faktor kualiti, Q. Dos setara, E boleh diungkapkan sebagai E = DQ. Nilai Q bersandar pada jenis sinaran, dengan Q = 1 untuk sinar-X, sinar gama dan zarah beta, manakala untuk proton, neutron dan zarah alfa, nilainya lebih besar daripada 1. Unit bagi E ialah Sievert (SV) dan D ialah gray. Dos setara 1 Sv untuk seluruh badan boleh menyebabkan sedikit perubahan pada darah, manakala 2.5 Sv boleh menyebabkan kehilangan rambut, loya, atau kematian bagi kebanyakan kes. Lihat juga dos berkesan. |
refractive index | indeks biasan | Herba | Tiada | Nisbah halaju fasa cahaya di dalam vakum terhadap halaju fasa cahaya di dalam medium. Penentuan indeks biasan berguna untuk memastikan ketulenan dan kualiti suatu minyak herba. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai indeks biasan minyak serai wangi ialah 1.463 - 1.475 dan minyak kayu putih ialah 1.458 - 1.470. |
cubic centimenter (cc) | sentimeter padu (cm�) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit isi padu dalam sistem metrik. 1 sentimeter padu (1 cm�) sama dengan 0.061 in�. Unit ini digunakan untuk mengukur keupayaan enjin. |
drug store | stor ubat | Sains Kesihatan | Tiada | 1. Tempat untuk menyimpan ubat. 2. Nama lain untuk premis farmasi. |
infrared spectrophotometry | spektrofotometri inframerah | Herba | Tiada | Kaedah pengukuran spektrofotometri yang dilakukan dalam kawasan inframerah pada julat nombor gelombang 200 cm-1 -4000 cm-1. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengenal pasti kumpulan berfungsi komponen kimia yang terdapat dalam bahan herba bagi mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Spektrum inframerah suatu bahan herba digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik. |
level 1 probabilistic safety asessment (PSA) | pentaksiran keselamatan berkebarangkalian tahap 1 | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Penilaian kekerapan kerosakan teras untuk mentaksir ketersediaan dan kebolehpercayaan sistem keselamatan reaktor dalam menangani kemalangan. |
caliper | angkup | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Alat untuk mengukur diameter silinder atau sfera. (2) Alat yang terdapat dalam brek cakera, yang merupakan bekas untuk lapik brek dan omboh brek. |
femtometer | femtometer | Fizik | Nanoteknologi | Unit panjang yang bersamaan dengan 10 (-15) meter yang biasanya digunakan untuk menentukan saiz nukleus. Contohnya, jejari nukleus emas bersamaan 8.45 femtometer. 1 nanometer bersamaan 1 juta femtometer. |
brush | berus; berus karbon | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Alat untuk mengecat. (2) Bongkah yang dibuat daripada bahan campuran karbon yang digunakan untuk menggosok permukaan berputar. |