profit taking | ambil untung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Penjualan sesuatu aset atau sekuriti untuk merealis untung. |
floating rate mechanism | mekanisme kadar terapung | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kaedah penentuan kadar untung yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Kaedah ini menyebabkan kadar untung boleh berbeza antara akad yang melibatkan jumlah hutang yang sama nilai tetapi dilakukan pada masa yang berbeza. Mekanisme ini diperkenalkan kepada instrumen kewangan Islam sebagai pembaharuan kepada mekanisme kadar tetap. Kadar terapung ini berasaskan kadar semasa dalam pasaran wang Islam antara bank campur margin. Contohnya, pada hari Isnin, pelanggan boleh dikenakan kadar terapung yang bersamaan dengan kadar antara bank Kuala Lumpur campur 1%. Pada hari Selasa pula, pelanggan boleh dikenakan kadar terapung yang bersamaan dengan kadar antara bank Kuala Lumpur campur 1%. Walau bagaimanapun, kadar antara bank yang dikenakan adalah berbeza pada hari Isnin dan Selasa. Sinonim mekanisme boleh suai. |
requisition notice | notis tuntutan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Notis tuntutan: Cukai atau hutang yang dituntut oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri melalui notis. Misalnya cukai untung harta tanah dan hutang di bawah seksyen 108 5. Akta Cukai Pendapatan. |
account | akaun | Ekonomi | Tiada | 1.�Rekod yang mencatatkan kegiatan dan urus niaga ekonomi untuk suatu tempoh tertentu. Misalnya, akaun pendapatan negara dan akaun imbangan pembayaran. 2. Rekod yang mencatatkan kedudukan kewangan individu, firma, dan kerajaan pada suatu masa atau dalam suatu tempoh tertentu. Misalnya, akaun simpanan individu dan akaun untung rugi firma. |