Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ra.nium] | اورانيوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam yg radioaktif, berwarna putih keperakan, dan digunakan utk menghasilkan tenaga nuklear, senjata nuklear, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ra.nium] | اورانيوم

Definisi : logam radioaktif yg berwarna putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata uranium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
special fissionable materialbahan boleh belah khasSains NuklearKejuruteraan ReaktorPlutonium-239, uranium-233, uranium diperkaya dan bahan boleh belah lain yang bukan bahan sumber.
Canadian natural deuterium uranium (CANDU) reactorreaktor uranium asli dan deuterium KanadaSains NuklearKejuruteraan ReaktorReaktor air berat bertekanan yang menggunakan bahan api uranium asli yang dibangunkan oleh negara Kanada.
source materialbahan sumberSains NuklearKejuruteraan ReaktorUranium (semula jadi atau susut) dan torium dalam bentuk logam, aloi, sebatian kimia atau pekatan.
nuclear installationpepasangan nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorKemudahan nuklear berlesen yang terlibat dengan kitaran bahan api nuklear, selain daripada kemudahan melombong dan memproses bijih uranium atau torium, dan selain daripada kemudahan pelupusan sisa radioaktif.
shieldingperisaiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikAlat yang digunakan untuk mengurangkan keamatan sinaran. Bahan yang sering digunakan untuk dijadikan perisai sinaran ialah plumbum, tungsten, besi, atau uranium tersusut. Ketebalan perisai yang diperlukan ditentukan oleh formula lapisan setengah nilai atau lapisan per sepuluh nilai. Lihat juga lapisan separuh nilai, lapisan per sepuluh nilai.
sealed sourcepunca termateriTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikPunca radioaktif berbentuk kapsul yang dibuat untuk mengelakkan pelepasan dan penyebaran bahan radioaktif ke alam sekitar. Punca termateri disimpan di dalam perisai seperti plumbum atau uranium tersusut untuk mengawal sinaran yang tidak diperlukan.

Kembali ke atas