areola | areola | Perubatan | Tiada | 1. Ruang yang bergaris pada permukaan, seperti ruang di antara urat-urat daun atau kepak serangga. 2. Kawasan bulat yang kecil, seperti gelang berpigmen di keliling puting. |
Purkinje fibre | gentian Purkinje | Biologi | Histologi dan Sitologi | Gentian otot kardium terubahsuai pada berkas atrioventikel yang urat-urat terminalnya membentuk bahagian terminal sistem saluran di dalam jantung. |
granite paper | kertas granit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kertas yang mengandungi serat atau gentian rami atau kapas yang menyerupai jalur-jalur halus atau urat-urat dalam granit yang pernah digunakan untuk mencetak setem di Austria, Switzerland dan beberapa negara lain pada zaman silam. |
urat | urat | Kesenian | Tiada | Hisan pada motif ukiran yang berlurah halus dilakukan dengan ukir gores. |
vein clearing | penjernihan urat | Biologi | Patologi | Gejala berubah warna, biasanya menjadi lebih jernih, dan kekuningan pada urat daun, yang menyebabkan urat tersebut tidak nampak jelas. bd. penjernihan urat. |
pahat urat | pahat urat | Kesenian | Tiada | Pahat bermata seperti huruf V yang digunakan untuk mengukir corak yang runcing atau tajam atau mengukir urat. Sinonim: pahat alur. |
vein banding | penjaluran urat | Biologi | Patologi | Gejala berupa perubahan warna, biasanya menjadi lebih jernih dan kuning, pada tisu di sekeliling urat daun hingga urat tersebut nampak jelas berupa jalur. bd. penjernihan urat. |
reticulate venation | urat daun berjaring | Botani | Tiada | Urat daun yang tersusun berserabut dan biasanya urat daun jenis ini terdapat pada daun tumbuhan dikotiledon. |
parallel venation | urat daun selari | Botani | Tiada | Urat daun yang tersusun selari antara satu sama lain dan jelas kelihatan. Selalunya, urat daun jenis ini terdapat dalam daun tumbuhan monokotiledon. |
pahat alur | pahat alur | Kesenian | Tiada | Pahat bermata seperti huruf V yang digunakan untuk mengukir corak yang runcing atau tajam atau mengukir urat. Sinonim: pahat urat. |