funding agreement | urusan pendanaan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
insurance contract | kontrak insurans | insurans | Tiada | Perjanjian mengenai urusan jual beli insurans. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak. |
insurance contract | kontrak insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian mengenai urusan jual beli insurans. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang ditetapkan dalam kontrak. |
facilitating product | produk pemudah | Pelancongan | Tiada | Dokumen bertulis yang memudahkan urusan keluar masuk di sempadan negara. |
reservation supervisor | penyelia tempahan | Pelancongan | Tiada | Individu yang bertanggungjawab terhadap semua urusan penempahan bilik, pengangkutan dan pakej pelancongan. |
business tourism | pelancongan niaga | Pelancongan | Tiada | Industri pelancongan yang berkaitan dengan urusan perniagaan, seperti menghadiri mesyuarat, persidangan dan pameran. |
cruise director | pengarah persiaran | Pelancongan | Tiada | Individu yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan urusan perjalanan kapal persiaran. |
passenger service agent | ejen perkhidmatan penumpang | Pelancongan | Tiada | Wakil agensi yang menguruskan segala urusan perkhidmatan kepada penumpang. Sinonim passenger service representative. |
depoliticization | penyahpolitikan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses meminimumkan pengaruh politik secara berperingkat dalam sesuatu urusan, penggubalan keputusan atau pentadbiran. Proses ini dilakukan untuk mewujudkan situasi pentadbiran yang bersifat telus dan adil. Dalam sistem demokrasi, proses ini berlaku melalui pembentukan konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan perundangan. Pemisahan ini dilakukan untuk memastikan wujudnya proses semak dan imbang antara ketiga-tiga badan tersebut. Unsur seperti berkecuali atau meritokrasi dalam bidang pentadbiran pula merupakan elemen yang bersifat penyahpolitikan. Contohnya, pengenalan meritokrasi dalam pemilihan calon ke universitimerupakan penyahpolitikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di Malaysia. |
contract giver | pemberi kontrak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Organisasi yang bersetuju untuk memberikan suatu urusan kerja berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang kepada penerima kontrak. Amalan pengilangan baik Produk Tradisional dan Penokok Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa pemberi kontrak bertanggungjawab untuk menilai kompetensi penerima kontrak, memberikan maklumat yang diperlukan oleh penerima kontrak dan menetapkan spesifikasi supaya penerima kontrak dapat melaksanakan kerja yang diarahkan dengan sepenuhnya. Pemberi kontrak harus menjelaskan sebarang masalah yang berkaitan dengan produk atau kerja yang mungkin menimbulkan bahaya pada premis, peralatan, personel, bahan atau produk yang lain. Pemberi kontrak juga harus memastikan bahawa semua produk, bahan-bahan atau keputusan pengujian yang diserahkan oleh penerima kontrak adalah bersesuaian dengan spesifikasi yang telah ditetapkan. |