Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ru.tan] | اوروتن

Definisi : susunan (kejadian) yg berturut-turut, susunan yg teratur, rentetan: ~ peristiwa dlm T.N. kadangkala mengelirukan kerana susun-annya tidak teratur; menghadapi berbagai-bagai cabaran dan dugaan, mengalami bermacam ~ peristiwa serta menerima ber-bagai-bagai perubahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ru.tan] | اوروتن

Definisi : 1. gerakan tangan, mesin dsb utk mengurut bagi melegakan rasa sakit, me­ngurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dsb: dia melakukan ~ utk merangsang peredaran darah; 2. hasil mengurut: ~nya melegakan rasa lenguh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ru.tan] | اوروتن

Definisi : susunan yg berturut-turut; susunan yg teratur mengikut giliran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.ru.tan] | اوروتن

Definisi : gerakan tangan utk mimicit-micit (badan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urut (kata kerja)
Bersinonim dengan picit, ramas, gosok, tekan-tekan, gasor, sengkak;,
Kata Terbitan : mengurut, urutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sequenceurutanSains KesihatanTiadaMenyusun fonem mengikut urutan untuk membentuk perkataan.
proairetic codekod proairetikKesusasteraanTiadaKod mengenai rangkaian, urutan aksi dan tingkah laku dalam karya sastera. Urutan ini mengawal cara pembaca memahami jalan cerita sesebuah karya. Konsep ini merupakan salah satu daripada lima kod yang diperkenalkan oleh Roland Barthes dalam pengajiannya mengenai karya Balzac yang bertajuk Sarrasine. Lihat juga kod.
generation intervalselang generasiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPerubahan kekal dalam urutan DNA yang membentuk gen yang menghasilkan urutan berbeza pada kebanyakan individu. Mutasi gen berlaku dalam keadaan yang luas dan boleh menjejaskan mana-mana gen daripada DNA tunggal (pasangan asas) ke segmen besar kromosom.
gene mutationmutasi genPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPerubahan kekal dalam urutan DNA yang membentuk gen yang menghasilkan urutan berbeza pada kebanyakan haiwan. Mutasi gen berlaku dalam keadaan yang luas dan boleh menjejaskan mana-mana gen dari DNA tunggal (pasangan asas) ke segmen besar kromosom.
storyboardpapan ceritaTeknologi Maklumate-PembelajaranSet panel urutan ilustrasi atau imej yang memberikan visual awal penceritaan sesuatu animasi, gambar bergerak, grafik bergerak, media interaktif atau urutan lukisan. Papan cerita ini biasanya disertakan dengan arahan dan dialog, bagi menunjukkan perancangan keseluruhan tangkapan adegan untuk produksi filem, video, televisyen atau iklan.
surrealismsurealismeKesusasteraanTiadaPemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire.
accident sequence analysisanalisis urutan kemalanganSains NuklearKejuruteraan ReaktorKaedah yang menentukan keadaan kemalangan dan keadaan akhir berdasarkan peristiwa pencetus dan tindak balas loji.
storylinealur ceritaKesusasteraanTiadaUrutan peristiwa yang berlaku dalam satu jalur masa yang membentuk sebuah cerita.
narrative grammarnahu naratifKesusasteraanTiadaSuatu urutan unsur naratif yang dihubungkait dengan hukum atau peraturan yang khusus untuk sesuatu kumpulan naratif yang tertentu. Nahu naratif mentertibkan penjanaan naratif melalui penggunaan hukum penerbitan naratif dari tahap dasar (struktur dalaman) ke tahap permukaan (struktur atas) atau tahap pelahiran ujaran. Konsep nahu naratif amat mirip dengan pemikiran struktural-linguistik. Konsep ini cuba menjelaskan aspek sintaks dan semantik sesebuah plot, dan unsur struktur dalaman naratif (struktur makro) dan pelahirannya. Konsep nahu naratif amat relevan untuk menjelaskan proses penjanaan atau kelahiran naratif dalam sastera rakyat atau lisan. Idea tentang nahu naratif ini pernah dikemukakan oleh Parry-Lord dalam teorinya tentang penjanaan naratif lisan yang disebut sebagai �Oral-Formulaic Theory�. Dalam teori Parry-Lord, nahu naratif disebut sebagai �Grammar of Poetry�. Berdasarkan teori Parry-Lord, seseorang pencerita tidak pernah menghafal keseluruhan teksnya secara verbatim, tetapi pencerita hanya mempunyai suatu skema atau rangka plot yang dirimbunkan tahap demi tahap melalui siratan tema, motif, formula dan alat stailistik. Dalam sastera lisan, penciptaan demikian disebut sebagai penciptaan skematik dengan gaya �Adding Style�. Seterusnya konsep nahu naratif dikembangkan oleh Colby dan Coles untuk menunjukkan tahap penjanaan cerita rakyat (mitos suku kaum Ixil). Berdasarkan analisisnya terhadap unit naratif yang disebutnya sebagai �Eidon�, Colby dan Coles merajahkan perkembangan tahap naratif daristruktur dalaman hingga ke tahap struktur permukaan (struktur ujaran), sama seperti penjanaan sebuah ayat dalam nahu generatif. Perkembangan cerita mengikut konsep skematik atau �Eidon� ini dapat dianalogikan dengan perkembangan sebuah ayat menurut Nahu Generatif Transformasi. Idea mahu generatif dalam linguistik ini amat berguna untuk menghuraikan penjanaan naratif dalam sastera lisan.
mutationmutasiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPerubahan dalam urutan DNA sel. Mutasi mungkin disebabkan oleh kesilapan semasa pembahagian sel atau disebabkan oleh pendedahan kepada agen yang merosakkan DNA. Mutasi boleh membahayakan, memberi manfaat atau tidak memberi kesan kepada organisma.
12345

Kembali ke atas