Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sia] | اوسيا

Definisi : umur: sudah lanjut pula ~nya; Utusan Melayu genap 49 tahun ~nya esok; ~ mental (Ubat) tahap kecerdasan seseorang ber-dasarkan peringkat umurnya (diketahui me-lalui ujian kecerdasan); berusia 1. mempunyai usia, berumur: beliau telah menjadi anggota parti ketika ~ 14 tahun; 2. = ~ lanjut (sudah) agak tua: pengadil biasanya terdiri drpd orang-orang yg telah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sia] | اوسيا

Definisi : lama masa sejak dilahirkan (diadakan dsb); umur. berusia mempunyai usia; berumur: Ketika emaknya pergi ke Mekah, ia ~ enam tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usia
Rujuk :umur

Puisi
 

Nyiurlah muda dipolah pengat,
     Dimakan orang di pagi raya;
Badanlah muda jangan tak ingat,
     Usia belum orang dah binasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absolute ageumur sebenarSains MarinTiadaUsia geologi bagi sesuatu fosil, batuan, bentuk muka bumi atau peristiwa geologi yang ditentukan melalui kaedah penentuan usia secara pentarikhan 75 radiokarbon.
Cainozoicusia KainozoikGeografiTiadaTiada
Cainozoicusia KainozoikGeologiTiadaEra masa geologi, dari permulaan kala Tertier hingga kini.
overage insuranceinsurans usia lanjutinsuransTiadaInsurans kesihatan yang dikeluarkan kepada insured berumur lebih daripada had biasa.
midlife crisiskrisis pertengahan usiaSosiologi KeluargaTiada-
amenorrheaamenoreaKejururawatanTiadaPemberhentian haid seseorang wanita semasa dalam usia pembiakan akibat perubahan paras hormon dalam badan.
infanticidebunuh bayiKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan yang menyebabkan kematian bayi di bawah usia 12 bulan.
ageingpenuaanKejururawatanTiadaPerkembangan dan pertumbuhan seorang dewasa yang semakin merosot akibat lanjut usia.
grey touristpelancong warga tuaPelanconganTiadaPelancong yang terdiri daripada mereka yang sudah lanjut usia.
greyhair tourismpelancongan warga tuaPelanconganTiadaAktiviti yang bersesuaian dengan pelancong yang sudah lanjut usia, seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar.
12

Kembali ke atas