Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengutarakan 1. melahirkan apa yg tersemat di hati (pendapat, fikiran, dll), mengatakan, menyatakan: banyak sekali yg dapat dibicarakan dan diutarakan mengenai novel ini; 2. mengemukakan (cadangan dll), membentangkan, mencadangkan: dia ~ supaya Amerika memimpin dunia bebas selepas perang; 3. menunjukkan (bkn jarum jam); pengutaraan perihal mengutarakan, huraian, keterangan, penjelasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengutarakan 1 menge­mukakan sesuatu pendapat (usul dsb); mencadangkan: Beliau ~ usul supaya orang ramai menyertai syarikat kerjasama itu. 2 melahirkan apa-apa yg terpendam di hati; menyatakan; mengatakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utara
Kata Terbitan : mengutarakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
regional associationkesatuan wilayahMeteorologiMeteorologi PerhubunganSebuah badan dalam Pertubuhan Meteorologi Sedunia yang dianggotai negara-negara yang terletak di dalam suatu wilah geografi yang luas, seperti benua. Badan ini mengawal pelbagai peraturan meteorologi di wilayah tersebut. Terdapat enam kesatuan wilayah, iaitu Afrika, RA I; Asia, RA II; Amerika Selatan, RA III; Amerika Utara dan Tengah, RA IV; Pasifik Barat Daya, RA V; dan Eropah, RA VI.
mongmongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Mong terdapat di Thailand dan di Malaysia. Mong terdiri daripada (i) sebiji gong berbusut yang tergantung, bersaiz besar dan dipukul dengan kayu pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan piphat di Thailand, (ii) sebiji gong berbusut yang bersaiz sederhana. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia dan di kawasan selatan Thailand, (iii) sepasang gong berbusut yang bersaiz kecil. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam kotak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan wayang gedek di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand.


Kembali ke atas