slendro | slendro | Muzik | Tiada | Skel lima not muzik gamelan Jawa. Skel ini mempunyai jeda yang hampir sama jarak antara satu not dengan satu not yang lain, iaitu lebih kurang VA ton. Skel slendro dimainkan dalam tiga mod atau pathet. Setiap not mempunyai namanya yang tersendiri, iaitu penunggul, gulu, dada, lima dan enem. |
folk song | lagu rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Nyanyian yang biasanya dikaitkan dengan kehidupan, pengalaman atau aktiviti harian golongan masyarakat pratulisan. Lagu rakyat biasanya bertemakan pekerjaan, agama, pendidikan, dan percintaan, dan popular sebagai hiburan untuk mengiringi tarian atau sesuatu keramaian. Contoh lagu rakyat yang utama, antaranya lagu nelayan dan petani, lagu kanak-kanak, dondang sayang dan dikir. Lagu rakyat biasanya mempunyai melodi, lirik dan bentuk yang mudah dingati. Pantun biasanya menjadi bentuk yang paling popular untuk lagu-lagu rakyat. Contoh lagu rakyat dalam sastera Parsi berjudul Tarana-yi Baran va Tarana-yi Khurshid khanum (Puan lagu Hujan dan Lagu Mentari). Contoh lagu rakyat dari Kedah adalah seperti yang berikut: Kuak-kuak kerbau di ladang, wei, alih tambat jalan ke rumah lah, Emak-emak abang ku datang, wei, hampar tikar tabur bunga lah. |
novel | novel | Kesusasteraan | Tiada | Fisyen yang menampilkan watak, plot, latar, peristiwa dan sudut pandangan secara tersusun. Novel dibangunkan untuk memaparkan pertikaian, ketegangan dan konflik yang biasanya dileraikan pada akhir cerita. Kisah atau cerita dalam novel agak panjang, biasanya melebihi 5000 patah perkataan. Ada pelbagai jenis novel antaranya, novel gotic. Pikares, picisan, psikologi, romantik dan lain-lain. Antara kategori novel ialah novel dewasa, remaja dan kanak-kanak. Novel mengetengahkan tema yang pelbagai, biasanya mengandungi unsur pengajaran. Contoh novel ialah Hujan Sudah Teduh oleh Zaharah Nawawi, antara Dendam dan Perjuangan oleh Ali Jusuh dan novel Sultan Baginda oleh Shahnon Ahmad. Contoh novel dalam bahasa Arab ialah Shajarat-al-Bu�s olehTaha Husayn dan Salwa fi Mahabb al-Rih oleh Mahmud Taymur, novel Parsi ialah Nun va al-Qalam oleh Jalal al-i Ahmad, dan novel Turki ialah Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk. Novel berasal daripada perkataan Inggeris novel bermaksud �baharu�, atau novella dalam bahasa Itali bermaksud �perkhabaran baharu�. Lihat juga novel gotik, novel lirik, novel picisan, novel pikares, novel psikologi. |