artificial vagina | vagina tiruan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Alat yang direka khas menyerupai vagina. Vagina tiruan banyak digunakan dalam pengumpulan semen haiwan jantan. Penggunaan vagina tiruan ini membantu untuk mendapatkan semen yang berkualiti berbanding dengan kaedah lain seperti elektroejakulasi. |
artificial vagina temperature | suhu vagina tiruan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Ukuran suhu yang sesuai untuk penyediaan vagina tiruan bagi tujuan pengumpulan semen pada haiwan seperti lembu, kambing dan kuda. Suhu vagina tiruan yang sesuai adalah di antara 42ºC - 45ºC. |
vaginal dryness | kekeringan vagina | Kejururawatan | Tiada | Perihal kekeringan membran mukosa vagina kerana kekurangan sekresi vagina akibat menopaus. |
vaginal secretion | rembesan vagina | Sains Forensik | Tiada | Cecair yang dirembeskan oleh vagina. Analisis cecair ini penting apabila objek asing telah dimasukkan ke dalam vagina seperti dalam kes deraan atau serangan seksual. Ahli forensik serologi menganalisis cecair ini menggunakan bahan uji asid periodik-Schiff (PAS) dengan mewarnakan sel epitelium berglikogen yang hadir dalam cecair vagina kepada warna merah. |
colpitis | kolpitis | Herba | Fitoterapi | Radang pada vagina atau dikenali sebagai vaginitis. |
colporrhagia | kolporagia | Herba | Fitoterapi | Pendarahan pada vagina. |
blennorrhagia | blenoragia | Herba | Fitoterapi | Lelehan mukus yang berlebihan dari uretra atau vagina terutamanya merujuk kepada penyakit gonorea. |
colpoptosis | kolpoptosis | Herba | Fitoterapi | Penyesaran atau penonjolan sebahagian atau seluruh struktur vagina. |
leucorrhoea | leukorea | Herba | Pemiawaian | Lendir yang keluar dari saluran serviks atau vagina sama ada berwarna putih atau kekuningan. Ekstrak daun sirih (Piper betle), kacip fatimah (Marantodes pumilum) dan manjakani (Quercus infectoria) digunakan untuk merawat leukorea. |
inseminate | memani | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah mendepositkan semen ke dalam vagina haiwan betina. Memani hanya boleh dilakukan setelah haiwan betina menunjukkan tanda estrus. |