Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vak.si.na.si] | ۏکسيناسي

Definisi : proses menyuntikkan vaksin ke dlm tubuh seseorang sbg langkah perlindungan men­cegah sesuatu penyakit, pemvaksinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vaksinasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vaccination hesitancykeraguan vaksinasiKesihatan AwamTiadaPerbuatan melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak perkhidmatan vaksinasi yang tersedia kerana berasa ragu terhadap vaksinasi tersebut.
mobile vaccination unitunit vaksinasi bergerakKesihatan AwamTiadaInisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dengan menggunakan unit bergerak untuk memberikan perkhidmatan vaksinasi kepada masyarakat atau populasi tertentu, termasuk orang-orang yang tidak dilindungi, kumpulan berisiko tinggi, pekerja perkhidmatan perlu dan masyarakat luar bandar yang mungkin mengalami kesulitan untuk sampai ke pusat pemberian vaksin (PPV).
walk-in vaccinationvaksinasi tanpa janji temuKesihatan AwamTiadaPemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada individu yang belum menerima tarikh janji temu dan datang terus di pusat pemberian vaksin (PPV) yang terpilih di seluruh negara melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
vaccine reluctancekeengganan vaksinKesihatan AwamTiadaPerbuatan menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia.
vaccine-reluctant groupkumpulan enggan vaksinKesihatan AwamTiadaKumpulan yang menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia.
anti-vaxxerpenolak vaksinKesihatan AwamTiadaIndividu atau kumpulan yang menentang pengambilan vaksin atau peraturan yang mewajibkan vaksinasi.
vaccine hesitancykeraguan vaksinKesihatan AwamTiadaPerbuatan melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin.
vaccine-hesitant groupkumpulan ragu vaksinKesihatan AwamTiadaKumpulan yang melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin.
antigenantigenPerikananAkuakulturProtein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi tertentu, sama ada secara semula jadi (melalui serangan penyakit) atau diaruhkan (melalui vaksinasi). Antigen boleh dibentuk melalui sebahagian atau keseluruhan sel patogen yang telah dimatikan atau dilemahkan menggunakan teknik seperti pemanasan, penghancuran atau pengawetan.
immunityimunitiPerikananAkuakulturKeadaan ikan yang mempunyai daya tahan atau perlindungan yang mencukupi untuk menggelakkan jangkitan penyakit atau menghalang kemasukan bahan asing yang boleh memudaratkan. Keadaan ini boleh terhasil daripada proses imunisasi/vaksinasi atau akibat jangkitan lampau atau diperoleh daripada induk ikan. Perlindungan yang diperoleh selepas jangkitan dikenali sebagai imuniti adaptif, manakala imuniti semula jadi merujuk kepada perlindungan yang diperoleh sejak dilahirkan.

Kembali ke atas