Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.lén.si] | ۏالينسي

Definisi : (valénsi) (Kim) kuasa berpadu suatu atom, jumlah atom hidrogen yg berpadu dgn (dapat menggantikan) satu atom sesuatu unsur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[va.lén.si] | ۏالينسي

Definisi : /valénsi/ ist kuasa berpadu sesuatu atom. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata valensi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
band gapjurang jalurFizikNanoteknologiPerbezaan tenaga antara jalur valensi teratas dengan jalur konduksi terbawah dalam bahan pepejal. Jurang tenaga menentukan sifat optik dan elektrik sesuatu bahan semikonduktor.
siliconsilikonFizikNanoteknologiUnsur kimia bukan logam, formula kimia, Si, dengan ciri nombor atom 14, valensi 4, berat atom 28.086, suhu lebur 1,410�C, suhu didih 2,355�C dan ketumpatan graviti 2.33. Unsur ini banyak terdapat pada kerak bumi dalam batu dan pasir sebagai sebatian silikon dioksida (SiO2). Bahan silikon tulen boleh berbentuk hablur dan amorfus. Bahan ini bersifat semikonduktor dan digunakan secara meluas dalam pembuatan peranti elektronik, seperti cip komputer, transistor dan diod. Sifat semikonduktor silikon dapat diubah melalui proses pengedopan dengan boron, fosforus atau arsenik.
acceptorpenerimaFizikNanoteknologiUnsur atom kumpulan III, seperti Al dan Ga yang mempunyai tiga elektron dalam petala valensi dan mengambil tempat atom Si dalam hablur semikonduktor Si. Oleh sebab atom penerima ini memerlukan empat elektron valens untuk mengikat dengan atom Si jiran terdekat dalam tetrahedron, atom ini menerima satu elektron daripada jalur valens Si dan meninggalkan satu lohong pada bahagian atas jalur ini. Kewujudan lohong ini dapat mengubah sifat elektronik bahan semikonduktor Si, seperti peningkatan kekonduksian elektrik.

Kembali ke atas