Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : 1. penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard, kelainan: ~ bahasa; 2. bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll): ~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah; 3. penyimpangan pd ciri-ciri organisma drpd yg biasa bagi kumpulannya; bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan; memvariasikan menjadikan bervariasi: ~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : kelainan drpd keadaan yg biasa. bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu: Teknik yg ~ digunakan utk menangani projek itu. memvariasikan menjadikan bervariasi: Usaha utk ~ cara atau kaedah pengajaran diharapkan dpt membantu mengatasi rasa bosan para pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata variasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
registered product variationvariasi produk berdaftarHerbaPeraturan dan PemasaranPerubahan pada produk berdaftar yang hanya boleh dilakukan selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa. Terdapat dua jenis variasi produk berdaftar, iaitu variasi kecil dan variasi besar. Lihat juga variasi kecil, variasi besar.
major variationvariasi besarHerbaPeraturan dan PemasaranPerubahan besar pada produk berdaftar yang boleh menjejaskan dengan ketara dan/atau secara langsung terhadap kualiti, keselamatan, keberkesanan dan manfaat yang dinyatakan. Variasi besar tidak termasuk dalam definisi variasi kecil dan pendaftaran baharu. Menurut Garis Panduan Variasi bagi Produk Semula Jadi (Ubat Tradisional dan Homeopati) dan Makanan Tambahan Kesihatan Malaysia, contoh variasi besar seperti perubahan pada indikasi, label dan proses pembuatan. Variasi besar pada produk berdaftar perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa.
chorale variationskoral variasiMuzikTiadaVariasi organ abad ke-16 hingga abad ke-17 yang berasas­kan melodi koral Protestan Jerman. Melodi koral digubah sebagai cantus firmus bagi beberapa siri variasi. Gaya ini diperkembang oleh Sweelinck (1562-1621), seorang komposer Belanda.
genome-wide association study (GWAS)kajian tatahubungan rentas genom (GWAS)BioinformatikBioinformatik MolekulKajian variasi genetik genom individu berbeza, dalam sesuatu populasi bagi mengenal pasti variasi genetik yang berkaitan dengan ciri.
random genetic driftpindahan genetik rawakBioinformatikBioinformatik MolekulMekanisme evolusi yang melibatkan perubahan kekerapan variasi gen dalam sesebuah populasi yang berlaku secara rawak mengikut masa. Mekanisme ini akan menyebabkan kehilangan variasi genetik dalam populasi.
epigenomic variationvariasi epigenomikBioinformatikBioinformatik MolekulKepelbagaian dalam proses metilasi DNA, pengubahsuaian histon, kedudukan dan penempatan nukleosom, serta pengekspresan RNA pengekodan dan bukan pengekodan.
epigenomics variationvariasi epigenomikBioinformatikBioinformatik Molekul-
genome variationvariasi genomBioinformatikBioinformatik MolekulPerbezaan jujukan dan struktur pada genom dalam sesuatu organisma.
sequence variationvariasi jujukanBioinformatikBioinformatik MolekulKepelbagaian jujukan yang berlaku disebabkan oleh perubahan dalam jujukan DNA, seperti polimorfisme nukleotida tunggal (SNP) serta penambahan dan penyingkiran bes dalam genom.
structural variationvariasi strukturBioinformatikBioinformatik Molekul-
1234

Kembali ke atas