Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; tisu ~ tisu pembuluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vaskular


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
type III vascular bundleberkas vaskular jenis IIIBuluhTiadaBerkas vaskular yang mempunyai selaput serabut tidak bersimetri, dan terdapat berkas serabut yang terpisah daripada tisu vaskular utama. Berkas vaskular jenis III hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis pisah tengah.
type IV vascular bundleberkas vaskular jenis IVBuluhTiadaBerkas vaskular yang mempunyai selaput serabut yang nipis, dan terdapat dua berkas serabut yang terpisah daripada tisu vaskular utama. Berkas vaskular jenis IV hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis pisah tengah ganda dua.
vaskular cambiumkambium vaskularBiologiHistologi dan SitologiKambium yang banyak mengandungi vesel untuk menyalurkan cecair.
type I vascular bundleberkas vaskular jenis IBuluhTiadaBerkas vaskular yang mempunyai selaput serabut secara simetri di sisi xilem dan floem. Berkas vaskular jenis I hanya ditemukan dalam buluh monopodial. Sinonim berkas vaskular jenis terbuka.
vascular cambiumkambium vaskularBotaniTiadaMeristem lateral yang membentuk tisu vaskular sekunder, iaitu xilem dan floem sekunder dalam batang dan akar yang mengalami pertumbuhan sekunder. Kambium vaskular terletak di antara xilem primer dengan floem primer dalam berkas vaskular dan melalui pembahagian periklinal akan menghasilkan xilem sekunder dan floem sekunder ke arah tisu-tisu primer tersebut.
vascular bundleberkas vaskularBotaniTiadaJaluran tisu vaskular yang terdiri daripada xilem dan floem, yang terdapat dalam tumbuhan vaskular. Kadangkala, di antara xilem dengan vloem terdapat kambium. Biasanya, jaluran ini dikelilingi oleh selaput berkas. Susunan xilem dan floem pada berkas ini dapat menentukan jenis berkas sama ada kolateral, bikolateral atau sepusat. Sinonim tisu vaskular.
type II vascular bundleberkas vaskular jenis IIBuluhTiadaBerkas vaskular yang mempunyai selaput serabut tidak bersimetri dan salah satu sisinya terletak pada bahagian protoxilem, bersaiz lebih besar dan berbentuk seperti kipas. Berkas vaskular jenis II hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis sempit tengah.
vascula systemsistem vaskularBiologiHistologi dan Sitologi1 Organ-organ yang berkait rapat dengan peredaran darah dan limfa secara kolektif. 2 Bahagian tumbuh-tumbuhan vaskular yang terdiri daripada tisu vaskular.
wiltlayuBiologiPatologi1. Gejala akhir kebanyakan jenis penyakit, kerana selnya kehilangan kesegaran dan menjadi flasid. bd. epinasti. 2. Nama penyakit yang menunjukkan gejala layu seperti (1) di atas, lih. trakeomikosis, layu vaskular, mikosis vaskular.
vascular bundleberkas vaskularBuluhTiadaTisu vaskular yang terdiri daripada xilem dan floem, yang dikelilingi oleh selaput serabut dan parenkima.
12345678910...

Kembali ke atas