Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vén.ti.la.si] | ۏينتيلاسي

Definisi : (véntilasi) 1. sistem (proses) per­edaran atau pertukaran udara bersih di dlm sesebuah ruang (bilik, bangunan, dsb); 2. lubang (spt tingkap dsb) yg membolehkan udara keluar masuk secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ventilasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pulmonary ventilationventilasi pulmonariKejururawatanTiadaAliran udara ke dalam alveoli paru-paru dan berlakunya pertukaran gas dengan aliran darah yang cekap. Ketidakseimbangan ventilasi atau perfusi akan menyebabkan sianosis dan anoksia.
ventilationventilasiKejururawatanTiadaProses pengaliran udara ke dalam dan keluar daripada trek pernafasan.
alveolar ventilationventilasi alveolarKejururawatanTiadaIsi padu udara yang sampai ke alveoli semasa inspirasi.
ventilatory assistancebantuan ventilasiKesihatan AwamTiadaBantuan pengudaraan (pengudaraan buatan) biasanya menggunakan kaedah mekanikal untuk membantu atau menggantikan cara pernafasan biasa.
invasive ventilation (IV)ventilasi invasifPerubatanTiadaPenggunaan bantuan pernafasan buatan dengan menggunakan kaedah pembedahan bagi membantu atau menggantikan cara pernafasan biasa, iaitu memerlukan pembedahan yang tembus melalui mulut, hidung, atau kulit.
non-invasive ventilation (NIV)ventilasi tak invasifPerubatanTiadaPenggunaan bantuan pernafasan buatan, biasanya menggunakan kaedah mekanikal untuk membantu atau menggantikan cara pernafasan biasa, iaitu tanpa memerlukan pembedahan yang menembusi mulut, hidung, atau kulit.
pulmonary function testsujian fungsi pulmonariKejururawatanTiadaUjian yang dilakukan untuk menilai keupayaan paru-paru mengekalkan ventilasi dan pengoksigenan.
pulmonary embolismembolisme pulmonariKejururawatanTiadaTrombus yang boleh menyekat sesuatu cabang arteri pulmonari, dan mengakibatkan vasokonstriksi pulmonari. Keadaan ini menyebabkan gangguan ventilasi dan perfusi yang mengakibatkan hipoksemia dan iskemia pulmonari dan akhirnya infarksi pulmonari.
downwellingjunam airSains MarinTiadaPergerakan air laut dari bahagian permukaan ke dasar laut yang berlaku disebabkan oleh proses yang berbeza. Kebiasaannya pergerakan air laut ini disebabkan oleh perbezaan ketumpatan air, seperti air sejuk atau air berkemasinan tinggi yang lebih tumpat berbanding dengan air panas atau air berkemasinan rendah. Junam air dapat berlaku di kawasan pertemuan arus lautan yang menolak air permukaan ke bawah seperti kawasan pusaran subkutub Atlantik Utara. Pergerakan angin juga boleh mendorong berlakunya junam air. Kawasan-kawasan junam air mempunyai produktiviti yang rendah kerana nutrien dalam turus air digunakan, tetapi tidak diganti oleh air kaya nutrien dari dasar laut. Junam air juga membolehkan ventilasi laut dalam berlaku kerana air permukaan membawa oksigen terlarut turun dari permukaan ke dasar lautan.

Kembali ke atas