defibrilation | defibrilasi | Kejururawatan | Tiada | Pemberian kejutan elektrik pada kadar atau amaun yang ditetapkan di atas dada untuk menghapuskan disritmia yang membahayakan nyawa. Biasanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami fibrilasi ventrikel, takikardia ventrikel dan fibrilasi atrium. |
atrioventricular valves | injap atrioventrikel | Kejururawatan | Tiada | Sepasang injap yang memisahkan atrium jantung daripada ventrikel jantung. Injap mitral bagi bukaan antara atrium kiri dengan ventrikel kiri. Injap trikuspid antara atrium kanan dengan ventrikel kanan. |
ventricular fibrillation | fibrilasi ventrikel | Kejururawatan | Tiada | Rentak ventrikel yang tidak normal, iaitu rentak yang cepat dan tidak sekata. Keadaan ini mengganggu pengepaman darah ke seluruh tubuh, dan lazimnya menyebabkan kematian mengejut. |
aortic semilunar valve | injap semilunar aorta | Kejururawatan | Tiada | Injap antara ventrikel kiri dengan aorta yang menghalang darah mengalir ke ventrikel. |
cardiac output | keluaran jantung | Kejururawatan | Tiada | Jumlah darah yang dipam keluar semasa kontraksi ventrikel dalam masa satu minit. Semasa rehat setiap kontraksi ventrikel kiri biasanya mengepam 70 ml darah. Jika nadi seseorang 70 kali per minit, maka keluaran kardiaknya ialah 4900 ml. |
congestive heart failure | kegagalan jantung kongestif | Kejururawatan | Tiada | Keadaan apabila salah satu ventrikel jantung gagal mengepam darah secepat darah memasuki atrium ataupun kedua-dua ventrikel gagal mengepam isi padu darah yang sama. Ini mengakibatkan kegagalan mengekalkan peredaran darah yang sempurna. |
atrioventricular bundle | berkas atrioventrikel | Kejururawatan | Tiada | Berkas serat otot jantung khusus daripada nodus atrioventrikel ke serat Purkinje yang berfungsi menghantar impuls kontraksi otot jantung ke ventrikel jantung. Ia terdiri daripada berkas kanan dan berkas kiri, satu bagi setiap ventrikel. |
cardiogenic shock | renjatan kardiogenik | Kejururawatan | Tiada | Kemerosotan fungsi pengepaman ventrikel kiri yang teruk akibat infarksi miokardium, yang dicirikan oleh hipovolemia, hipotensi, nadi yang lemah, kulit berlengas dan keliru. |
cardiac arrest | jantung terhenti | Kejururawatan | Tiada | Pengepaman jantung berhenti secara mengejut yang dicirikan oleh ketiadaan tekanan darah dan nadi. Ia berlaku akibat fibrilasi ventrikel dan asistole. |
pulmonary circulation | edaran pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Peredaran darah antara jantung dan paru-paru. Darah kurang oksigen mengalir melalui arteri pulmonari ke paru-paru dari ventrikel kanan. Darah yang kaya dengan oksigen kembali ke atrium kiri melalui vena pulmonari. |