activity of daily living | aktiviti hidup harian | Kejururawatan | Tiada | Aktiviti normal yang dilakukan dalam kehidupan harian seseorang individu yang sihat. Menurut Virginia Henderson, aktiviti tersebut terbahagi kepada 14 seperti yang berikut, iaitu: (a) bernafas secara normal (b) makan dan minum secukupnya (c) perkumuhan secara normal (d) bergerak bebas dan mengekalkan postur yang betul (e) tidur dan rehat (f) berpakaian yang sesuai (g) pengekalan suhu badan normal (h) kebersihan dan keterampilan diri, dan melindungi kulit (i) mengekalkan keselamatan diri (j) berkomunikasi dan meluahkan emosi (k) mengamalkan kepercayaan agama (l) kepuasan diri (m) mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi (n) belajar dan sifat ingin tahu untuk memenuhi kepuasan perkembangan, dan kesihatan |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dalam karyanya To the Lighthouse pula mementingkan ulangan imej dominan dalam memerikan lapisan dalaman watak untuk menimbulkan pada puitis. Frasa stream of consciousness dicipta oleh Willian James dalam bukunya Principles of Psychology (1890). Teknik ini dipelopori oleh Dorothy Richardson dalam novelnya yang berjumlah 12 jilid berjudul Pilgrimage (1915-1967), dan oleh James Joyce dalam Ulysses (1922). Teknik ini dimantapkan lagi oleh Virginia Woolf dalam Mrs. Dalloway (1925) dan oleh William Faulkner dalam The Sound and the Fury (1928). Contoh penggunaan teknik aliran kesedaran dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam cerpen �Igau� oleh Shahnon Ahmad. Dalam cerpen ini, Shahnon merakamkan perasaan dan pemikiran watak protagonis untuk mendedahkan rasa keterasingan, kesunyian, dan ketidaktentuan semasa di perantauan. Istilah ini dikenali juga sebagai arus kesedaran. |
poetic prose | prosa puitis | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang ditulis dengan menggunakan elemen puisi seperti ritma, kiasan, metafora, asonansi, dan onomatopia. Prosa puitis biasanya ditemui dalam karya ringkas atau dalam perenggan tertentu karya panjang. Prosa puitis meningkatkan respons emosi pembaca dan menambahkan keindahan sesebuah karya. Contohya, dalam bahagian Time Passes dalam novel To the Lighthouse oleh Virginia Woolf. |
anti-novel | antinovel | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen moden eksperimental yang sengaja mengetepikan atau menolak elemen penting dalam novel tradisional. Antara elemen tersebut ialah plot, perwatakan dan rentetan naratif yang teratur. Antara ciri utama fiksyen antinovel ialah ketiadaan plot yang ketara, perkembangan watak yang minimum, urutan masa yang pelbagai, dan kekerapan bereksperimen dengan kosa kata dan sintaksis. Penulis moden yang menghasilkan antinovel ialah Virginia Woolf dalam The Waves, James Joyce dalam Ulysses dan Albert Camus dalam The Outsider. Walau bagaimanapun, beberapa ciri antinovel hadir dalam karya Lawrence Sterne bertajuk Tristam Shandy yang ditulis pada abad ke -18. Di Malaysia, pengarang seperti A. Samad Said menggunakan unsur antinovel dalam novelnya Daerah Zeni dan Hujan Pagi. Lihat juga aliran kesedaran. |
gynocriticism | ginokritisisme | Kesusasteraan | Tiada | Analisis penulisan wanita oleh pengkritik wanita. Ginokritisisme mengkaji semula penulisan pengarang wanita yang pencapaiannya sudah dilupai, dan meneroka isu yang lebih luas seperti keupayaan bertindak bagi penulis wanita melalui perundangan dan soal memperkasakan bahasa wanita. Ginokritisisme diperkenalkan oleh Elaine Showalter pada tahun 1979. Karya Elaine yang memperkatakan wanita ialah The Female Malady, Inventing Herself dan Sexual Anarchy. Penulisan Virginia Woolf juga mempunyai pengaruh penting bagi kritikan feminis ini, terutamanya melalui karyanya bertajuk Mrs. Dalloway dan A Room of One�s Own. Lihat juga genderlect. |
annotation | anotasi | Kesusasteraan | Tiada | Catatan yang dilakukan oleh pengarang untuk memberikan penerangan, komentar atau kritikan terhadap sesebuah teks atau buku. Catatan meliputi struktur dalaman teks (isi kandungan), dan struktur luaran teks (bahasa, ejaan, ayat, istilah, dan sebagainya). Catatan umumnya dilakukan oleh pengarang atau pembaca yang biasanya ditulis pada kaki buku atau bahagian tepi buku. Ada kalanya anotasi merupakan keterangan yang dibuat oleh editor dan dicetak pada bahagian nota kaki teks atau buku. Anotasi bertujuan untuk membaiki sesuatu kesilapan atau menjelaskan kekaburan fakta yang terdapat dalam teks atau memberikan keterangan tambahan tentang sesuatu perkara yang terdapat dalam teks. Anotasi biasanya dibuat semasa kerja penyuntingan dan transliterasi naskhah manuskrip lama. Contoh karya anotasi ialah teks Karangan Hamzah Fansuri oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tuhfat al-Nafis oleh Virginia Matheson, dan Hikayat Inderaputera oleh Mulyadi. Contoh karya anotasi dalam sastera Arab ialah Alf Laylah wa Laylah oleh Muhsin Mahdi, dan dalam sastera Parsi ialah Mantiq-al-Tayr oleh Muhammad Javad Mashkur. Lihat juga kritikan teks. |
association | asosiasi | Kesusasteraan | Tiada | Pergerakan renungan penyair yang hanyut daripada satu subjek kepada subjek yang lain secara bebas dan bersahaja. Istilah ini berasal daripada bidang falsafah. Contohnya, John Locke (1690) menggunakan istilah ini semasa menampilkan teori tentang perhubungan mental antara objek dengan idea yang mempunyai kaitan dengan objek. Pada abad ke-20, ahli psikoanalisis pula menggunakan asosiasi idea bebas sebagai kaedah menjelajah minda bawah sedar. Idea tentang asosiasi ini menari minat beberapa penyair Inggeris pada awal abad ke-19 seperti Wordsworth dan Coloridge yang menghasilkan banyak puisi bual. Puisi bual ini merupakan kajian terhadap asosiasi yang wujud dalam minda manusia. Pada abad ke-20, asosiasi berperanan membentuk novel aliran kesedaran yang bersifat asosiatif dari segi bentuk dan struktur naratifnya. Contoh karya yang terkenalialah To The Lighthouse (1927) oleh Virginia Woolf, Stasium oleh Putu Wijaya dan Ziarah oleh Iwan Simatupang. Asosiasi berasal daripada bahasa Latin yang bererti �berkongsi atau bersekutu�. Lihat juga aliran kesedaran, imaginasi. |
interior monologue | monolog dalaman | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan yang melibatkan pengucapan batin seseorang watak yang ditemui dalam karya sastera. Bagi pengarang, monolog dalaman menjadi alat untuk mendedahkan perasaan, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog. Oleh itu, monolog dalaman dianggap suatu proses mental watak yang dikongsi bersama dengan pembaca. Monolog dalaman juga boleh dirujuk sebagai bhagian atau keseluruhan teks yang merakamkan pemikiran, perasaan, persepsi dan memori watak tanpa sebarang perantaraan seolah-olah pembaca dapat menembusi mindanya. Monolog disampaikan dengan menggunakan teknik aliran kesedaran yang menekankan kecelaruan dan pengabaian logik dengan penggunaan ayat yang tidak teratur, serta idea yang tergantung dan tidak mengikut kronologi. Teknik monolog dalaman mendapat tempat dalam penulisan pada awal abad ke-20 apabila penulis mula mementingkan psikologi watak berbanding plot. Penulis masyhur dari Barat yang menggunakan teknik ini termasuklah James Joyce, Virginia Woolf dan William Faulkner. Antara penulis Malaysia yang menggunakan teknik ini ialah Shahnon Ahmad dalam karyanya Igau dan Arena Wati dalam novel Panrita. |
psychological novel | novel psikologi | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan standard psikologi untuk penulis lain. Novel psikologi mencapai kemuncak perkembangannya pada abad ke-20 apabila penulis menggunakan monolog dalaman dan aliran kesedaran yang menunjukkan cara minda subsedar suatu watak berfungsi. Contoh penulis sastea Barat yang terkenal ialah James Joyce (A Portrait of the Artist as a Young Man, Ulysses), Virginia Woold (Mrs. Dalloway, To the Lighthouse), dan Willian Faulkner (The Sound and the Fury). Contoh dalam kesusasteraan Arab ialah Ibrahim al-Khatib oleh Ibrahim Abd al-Qadir al-Mazini, dan Awda tal-Ruh dan Yawmiyat Na�ib fi al- Aryaf oleh Tawfiq al-Hakim. Contoh tempatan ialah novel Juara oleh S. Othman Kelantan. Lihat juga kritikan psikoanalitik. |
impresionism | impresionisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan sastera atau persepsi penulis yang dipaparkan dengan jelas pada plot dan watak dalam cerita. Gaya ini mula mendapat perhatian dan berpengaruh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Setiap lakaran penulis dibuat dengan terperinci, terutamanya apabila penulis ingin menggambarkan sesuatu watak di sesuatu tempat dan masa. Lakaran terperinci ini amat berbeza berbanding dengan gambaran objektif seseorang pemerhti yang kurang berminat dengan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Impresionisme dipinjamkan daripada dunia seni lukisan yang merujuk kepada suatu gaya melukis yang mula berpengaruh di Perancis pada pertengahan abad ke-19. Antara pelukis Barat yang terkenal mengamalkan gaya ini ialah Edouard Manet, Claude Monet, Edgar Degas dan Pierre Auguste Renoir. Ciri ketara dalam lukisan mereka ialah gaya mewujudkan sesuatu kesan ke atas benda lain, seperti memberikan penekanan kepada kesan cahaya ke atas objek yang dilukis. Hasilnya ialah suatu seni lukisan yang amat berbeza daripada lukisan yang dibuat dari sudut pandangan yang objektif. Fiksyen impresionistik bermula sebagai reaksi segolongan penulis ke atas gambaran kaku dan objektif dalam karya penulis naturalistik. Penekanan penulis naturalistik adalah melaui gambaran pengalaman yang dilalui oleh ahli masyarakat yang dilihat dari sudut yang objektif dan bukannya pengalaman individu yang lebih subjektif. Gaya impresionistik membebaskan penulis untuk membuat suatu gambaran terperinci terhadap watak dalam cerita sehingga berupaya memberikan penelitian mengenai pembentukan psikologi watak tersebut. Penulis Barat yang terkenal menggunakan gaya impresionistik ialah Joseph Conrad, Henry James dan Virginia Woolf. |