focal visual system | sistem visual fokus | Sains Sukan | Biomekanik | Sistem visual tahap lanjutan yang melibatkan laluan saraf ke korteks visual primer di serebrum. Kawalan sistem visual fokus berlaku secara sedar. Fungsi sistem ini adalah untuk pengimejan dan tumpuan visual terhadap pergerakan. |
ambient visual system | sistem visual ambien | Sains Sukan | Biomekanik | Sistem visual tahap primitif yang tidak melibatkan laluan saraf ke korteks visual primer di serebrum. Sistem ini berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan dan mewujudkan kesedaran terhadap persekitaran. Contohnya, tindakan mengelakkan diri daripada terkena bola yang ditendang semasa permainan bola sepak. Dari sudut kawalan motor, sistem visual ambien membolehkan pemain melihat arah pergerakan bola serta membuat anggaran kedudukan akhir bola berdasarkan kelajuan, kedudukan dan arah bola tersebut. |
visual hierarchy | hierarki visual | - | Tiada | Penilaian unsur reka bentuk visual yang berdasarkan susunan kepentingan visual. |
visual merchandiser | pedagang visual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Individu yang bekerja dengan merancang, mereka cipta dan melaksanakan strategi bagi mempromosikan perdagangan visual secara kreatif. Individu ini juga bertanggungjawab dalam membuat paparan visual sesuatu produk atau perkhidmatan yang menarik termasuklah menghasilkan paparan tingkap, papan tanda, paparan dalaman, paparan lantai dan paparan promosi khas yang dapat menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan tersebut. |
visual merchandising | perdagangan visual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Aktiviti penjualan produk atau perkhidmatan dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuan perdagangan visual adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut. |
visual learner | pelajar visual | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pelajar yang selesa menggunakan kaedah pengajaran melalui penglihatan dengan menggunakan bahan visual seperti graf, carta, peta, gambar rajah, video, demonstrasi dan sebagainya. Banding pelajar auditori, pelajar kinestatik. |
visual merchandise | dagangan visual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Produk atau perkhidmatan yang dijual dengan cara mengoptimumkan persembahan produk dan perkhidmatan tersebut secara visual supaya lebih menonjolkan ciri dan faedahnya. Tujuannya adalah untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan supaya melakukan pembelian produk atau perkhidmatan tersebut. |
visual designer | pereka bentuk visual | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang bertanggungjawab mereka cipta produk berbentuk visual secara digital dengan mengimbangi keperluan urusan, estetik reka bentuk, pelanggan dan tujuan jenama organisasi. Umumnya, seseorang pereka bentuk visual perlu mempunyai kemahiran reka bentuk antara muka dan grafik. |
visual distractor | ganggunan visual | Sains Kesihatan | Tiada | Suatu pilihan salah yang kelihatan hampir serupa dengan pilihan yang betul. |
visual counting | pengiraan visual | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |