Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.ta.min] | ۏيتامين

Definisi : bahan organik yg sangat penting yg diperlukan oleh badan dgn jumlah yg kecil dan berperanan dlm pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit; jenis-jenisnya: A, B kompleks, B1, B2, C, dll; ~ A sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam, dll (banyak terdapat dlm minyak ikan, hati, telur, susu, dll); ~ B1 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menye­babkan penyakit beriberi; ~ B2 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya me­nyebabkan penyakit pelagra; ~ B12 salah satu vitamin B kompleks yg kekurangannya menyebabkan sj penyakit anemia; ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll (banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll); ~ C sj vitamin larut air yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi (banyak ter­dapat dlm buah-buahan sitrus spt oren dan sesetengah sayuran); ~ D sj vitamin larut lemak yg kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket pd kanak-kanak dan kelembutan tulang pd orang dewasa (banyak terdapat dlm minyak ikan, mentega, kuning telur, dll); ~ K sj vitamin larut lemak yg diperlukan utk mening­katkan daya penggumpalan pembekuan) darah semasa berlakunya perdarahan (terdapat dlm kubis, bayam, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vi.ta.min] | ۏيتامين

Definisi : zat yg terdapat dlm bahan-bahan makanan dan sangat penting utk tubuh: Limau kaya dgn ~ C, manakala betik kaya dgn ~ A. ~ A vitamin larut lemak yg banyak terdapat dlm minyak ikan, telur, susu, hati, dll, yg diperlukan dlm tubuh utk pertumbuhan normal, mencegah penyakit rabun malam dll. ~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yg terdiri drpd vitamin B1, B2, B6, B12, dll, yg banyak terdapat dlm bijirin, yis, hati, dll. ~ C vitamin larut air yg banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus spt oren, limau, dan sesetengah sayuran (kekurangan vitamin ini boleh mengakibatkan penyakit skurvi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vitamin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vitamin B1vitamin B1HerbaTiadaTiamina, C12H17ClN4OS. Salah satu daripada ahli vitamin B kompleks yang terdapat dalam pelbagai sumber bahan semula jadi. Vitamin ini dikenali juga sebagai aneurina atau vitamin B1. Contohnya, vitamin B1 dalam ragi kering (Saccharomyces medicinalis) dan lidah buaya (Aloe vera).
vitamin Dvitamin DHerbaTiadaKalsiferol, C28H44O. Sebatian baksterol terlarut minyak termasuk ergokalsiferol (vitamin D2) dan kolekalsiferol (vitamin D3) yang terdapat dalam minyak hati ikan. Vitamin ini perlu untuk kesihatan tulang dan gigi.
vitaminvitaminHerbaTiadaSekumpulan bahan organik yang penting bagi metabolisme normal, tumbesaran dan pertumbuhan jasad. Vitamin berkesan dalam kuantiti yang kecil dan amat diperlukan bagi pengekalan kesihatan. Secara umumnya, vitamin tidak dihasilkan di dalam tubuh, tetapi mesti diperoleh tersedia daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Kekurangan vitamin akan mengakibatkan pelbagai penyakit. Contohnya, penyakit skurvi diakibatkan oleh kekurangan vitamin C.
vitamin Avitamin AHerbaTiadaRetinol, C20H29OH. Sebatian alkohol berwarna kuning yang larut lemak dan tidak terlarut dalam air yang diperoleh daripada minyak hati dan karotenoid atau dihasilkan melalui sintesis. Vitamin A perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal, keutuhan tisu epitelialum dan merupakan komponen pigmen untuk penglihatan. Vitamin ini juga diperlukan untuk mengekalkan ketahanan terhadap penyakit dan mengelakkan jangkitan. Kekurangan vitamin ini menyebabkan xeroftalmia dan rabun malam. Contohnya, vitamin A dalam minyak ikan kod (Gadus morrhua), minyak kelapa sawit (Elaeis guineensis) dan lidah buaya (Aloe vera).
vitamin Kvitamin KHerbaTiadaFormula C13H16C1NO. Minyak berwarna kuning yang terlarut lemak bukan steroid dan tak tersaponifikasi yang berguna untuk pembentukan protrombin. Vitamin K dikenali juga sebagai vitamin antihemoraj dan faktor protrombin.
vitamin B12vitamin B12HerbaTiadaKobalamin, C63H88CoN14O14P. Sekumpulan sebatian polipirol yang mengandungi kobalt trivalen. Faktor anemia antipernikus yang perlu untuk hemopoiesis normal. Vitamin B12 dikenali juga sebagai sianokobalamin dan faktor ekstrinsik. Contohnya, vitamin B12 dalam lidah buaya (Aloe vera).
vitamin B2vitamin B2HerbaTiadaRiboflavin, C17H20N4O6. Pigmen kuning berpendaflour terlarut air yang perlu untuk nutrisi manusia sebagai komponen koenzim flavin mononukleotid dan flavin adenina dwinukleotid. Vitamin B2 dikenali juga sebagai laktoflavin dan vitamin G.
vitamin Gvitamin GHerbaTiadaRiboflavin, C17H20N4O6. Pigmen berpendaflour berwarna kuning jingga terlarut air yang penting untuk nutrisi manusia sebagai komponen koenzim flavin mononukleotid dan flavin adenina dwinukleotid. Vitamin ini dikenali juga sebagai vitamin B2.
vitamin B6vitamin B6HerbaTiadaPiridoksina, C8H11NO3. Vitamin yang terdapat dalam tiga bentuk kimia dan terlarut air yang terdapat dalam makanan, piridoksina, piridoksal dan piridoksamina.
vitamin B3vitamin B3HerbaTiadaAsid pantotenik, C9H17O5N. Ahli daripada kompleks vitamin B yang perlu untuk nutrisi beberapa spesies haiwan.
1234

Kembali ke atas