poster boy | wajah poster | Umum | Tiada | Gambar atau wajah individu tertentu dalam sesuatu poster untuk tujuan berkempen sesuatu. |
acrolith | akrolit | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bentuk arca atau ukiran, misalnya wajah seorang tokoh yang mempunyai kepala, tangan dan kaki, yang diperbuat daripada batu dan bahan lain. Umpamanya, bahagian kepala yang diperbuat daripada batu disambungkan dengan bahagian lain yang diperbuat daripada batu marmar atau batu kapur yang mempunyai mutu batuan yang berbeza. |
prosopagnosia | prosopagnosia | Perubatan | Psikiatri | Gangguan mental kognitif yang dihidapi oleh seseorang untuk mengecam wajah individu yang lain, termasuk wajahnya sendiri. |
physiognomy | fisiognomi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Kaedah pentafsiran semu-sains tentang keperibadian seseorang berdasarkan pemerhatian terhadap keadaan fizikal luaran seperti ekspresi dan ciri rupa wajah seseorang yang boleh menentukan kecenderungan jenis jenayah yang dilakukan. |
Dubowitz syndrome | sindrom Dubowitz | Perubatan | Psikiatri | Sindrom kongenital yang jarang berlaku dan dicirikan dengan pertumbuhan yang lambat, kerap mendapat jangkitan, mikrosefali, kecacatan intelektual dan mempunyai wajah yang luar biasa dan spesifik. |
artificial narrow intelligence (ANI) | kecerdasan terhad buatan (ANI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang terhad kepada fungsi tunggal seperti Siri (Apple), Alexa (Amazon), perisian pengecaman wajah dan sebagainya. |
expressive behaviour | tingkah laku ekspresif | Psikologi | Tiada | Sebarang tindakan atau interaksi sama ada secara sedar atau tidak yang menzahirkan emosi, keinginan atau keperibadian individu. Tingkah laku ekspresif ini berlaku terutamanya melalui ekspresi wajah, gaya pakaian, tulisan tangan, dan sebagainya. |
expressive behaviour | tingkah laku ekspresif | Psikologi | Tiada | Sebarang tindakan atau interaksi sama ada secara sedar atau tidak yang menzahirkan emosi, keinginan atau keperibadian individu. Tingkah laku luahan ini berlaku terutamanya melalui ekspresi wajah, gaya pakaian, tulisan tangan, dan sebagainya. |
paronomasia | paronomasia | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa dalam proses penciptaan sesebuah puisi. Penyair menggunakan perkataan atau diksi yang didasarkan kepada persamaan atau kemiripan bunyinya. Contohnya, 'romannya berubah menjadi pucat setelah membaca roman itu', iaitu roman yang pertama memberi makna wajah, manakala roman kedua membawa maksud cerita panjang berbentuk novel atau prosa. |
pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila. |