Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wajar;

Peribahasa

Penghulu disanjung dengan adatnya,
     orang alim disanjung dengan hajinya,
orang muda disanjung dengan manjanya.

Bermaksud :

Memuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
due diligencepenilaian wajar/kaedah penilaianAuditTiadaTiada
decent workpekerjaan wajarEkonomiTiadaTiada
appropriate technologyteknologi wajarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaTeknologi pembangunan yang disesuaikan kepada keperluan tempatan dan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan.
weighted averagepurata wajarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
weighted aggregate indexindeks agregat wajarPenilaian Harta TanahTiadaTiada
decent standard of livingtaraf hidup yang wajarPentadbiranTiadaTingkat kemewahan hidup memuaskan yang merangkumi makanan, air, tempat tinggal, pendidikan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, pakaian dan keperluan penting lain, termasuklah persediaan untuk kejadian yang tidak dijangka.
deus-ex-machinadens-ex-machinaKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang digunakan secara mendadak, tidak wajar, kurang munasabah, diada-adakan atau secara paksa. Tujuannya untuk menyelesaikan keadaan sukar yang timbul dalam cerita yang tidak dapat di tangani oleh pengarang dengan meyakinkan. Deus-ex-machina boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti kebetulan yang tidak disangka-sangka, magis, sakti atau kuasa ghaib yang muncul secara tiba-tiba untuk membantu wira yang hampir tewas. Hal ini dianggap satu kelemahan dalam penulisan, biasanya digunakan dengan nada negatif dan sering ditemui dalam melodrama. Deus-ex-machina berasal daripada drama Yunani purba apabila watak tuan diselitkan dalam cerita untuk menyelamatkan situasi yang genting. Tuhan diturunkan ke pentas dengan menggunakan jentera. Deus-ex-machina sering ditemui dalam cerita yang mempunyai plot yang rumit dan berbelit-belit seperti dalam novel Ton Jone (1749) oleh Joseph Fielding dan Bleak House (1852) oleh Charles Dickens. Dalam sastera Melayu, alat penceritaan seperti ini biasa digunakan, dan kehadirannya ditandai dengan frasa, �...maka dengan sekonyong-konyongnya...�. Deus-ex-machina berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �tuhan jentera�. Lihat juga melodrama, plot.
decision making applicationaplikasi pembuat keputusanTeknologi Maklumate-KesihatanAtur cara yang direka bentuk untuk membantu membuat keputusan yang wajar berdasarkan penyusunan maklumat daripada kombinasi data mentah, dokumen, pengetahuan peribadi atau model perniagaan bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah. Aplikasi ini menggabungkan kekuatan pemikiran manusia dengan kekuatan sistem pemodelan untuk mendapatkan keputusan yang optimum dan lebih tepat. Contoh penggunaan aplikasi ini adalah dalam menentukan rawatan yang terbaik kepada pesakit berdasarkan maklumat penyakit dan risiko yang akan dihadapi.
adage/proverbperibahasaKesusasteraanPuisiUngkapan yang ringkas, padat dan terdapat unsur-unsur puitis untuk melahirkan kebenaran, prinsip hidup atau aturan tingkah laku yang wajar. Contohnya, Kalau takut dilambung ombak, Jangan berumah di tepi pantai.
constructive total losskerugian menyeluruh konstruktifinsuransTiadaKerosakan separa yang melibatkan pembaikan ke atas harta yang melebihi 50% daripada nilai harta tersebut. Justeru itu dianggap tidak wajar untuk dibaiki.
12

Kembali ke atas