Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ka.lah] | وکالة

Definisi : Ar perwakilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wakalah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wakalah munajjazahpewakilan berkuat kuasa segeraPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa kepada individu atau organisasi untuk menjalankan urusan yang berkuat kuasa segera. Contohnya, A berkata kepada B "Mulai sekarang, saya mewakilkan awak untuk menjual kereta saya ini". B menjawab "Saya bersetuju".
wakalah muqayyadahpewakilan terhadPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa terhad kepada individu atau organisasi untuk menjalankan urusan tertakluk kepada syarat tertentu. Contohnya, A berkata kepada B "Saya mewakilkan awak supaya menjualkan tanah saya ini dengan harga RM100,000 secara ansuran selama 4 bulan". B menjawab "Saya bersetuju". Wakil terikat dengan syarat yang ditetapkan oleh pewakil. Sekiranya wakil ingkar kepada syarat tersebut, pewakil tidak lagi terikat dengan urusan yang dibuat oleh wakil, kecuali ketidakpatuhan syarat memberi kebaikan seperti berjaya menjual tanah secara tunai.
wakalah mutlaqahpewakilan mutlakPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa penuh kepada individu atau organisasi untuk menjalankan sebarang urusan. Contohnya, A berkata kepada B "Saya mewakilkan awak supaya menjual tanah saya ini". B menjawab "Saya terima". Akad wakalah ini tidak menentukan harga dan cara pembayaran, tetapi terserah kepada budi bicara wakil untuk kebaikan pewakil. Mengikut pendapat jumhur ulama, wakil tidak boleh melaksanakan pewakilan yang diterima sekiranya menyalahi uruf setempat, sama ada dari segi harga atau cara pembayaran. Manakala mengikut pendapat Abu Hanifah, akad ini hendaklah dilaksanakan mengikut lafaz mutlak sekalipun boleh menyebabkan kerugian yang besar tanpa perlu merujuk kepada uruf setempat.
wakalah mustaqbalahpewakilan masa hadapanPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa kepada individu atau organisasi untuk menjalankan urusan yang berkuat kuasa pada masa hadapan. Contohnya, A berkata kepada B "Saya mewakilkan awak sebagai peguam saya dalam kes dakwaan terhadap Ali pada masa akan datang". B menjawab "Saya bersetuju". Mengikut mazhab Hanafi dan Hambali, wakalah mustaqbalah adalah sah
wakalah bi shartpewakilan bersyaratPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa kepada individu atau organisasi untuk menjalankan sebarang urusan, tertakluk kepada syarat tertentu. Contohnya, A berkata kepada B "Sekiranya saya pergi menunaikan haji pada tahun ini, maka saya akan melantik awak menjadi wakil saya dalam penjualan barangan ini". B menjawab: "Saya menerimanya". Menurut mazhab Hanafi dan Hambali, wakalah bi shart diharuskan atas dasar keperluan. Mazhab Syafii mengatakan pewakilan adalah sah dan berkuat kuasa segera, walaupun pelaksanaan kerja akan tertakluk kepada syarat yang jelas. Contohnya, A berkata kepada B: "Mulai sekarang saya mewakilkan awak menjual tanah saya ini, tetapi bermula awal bulan hadapan". B menjawab: "Saya bersetuju". Walaupun bersyarat, pewakilan ini adalah sah dan berkuat kuasa segera.
wakilwakilPerniagaan IslamTiadaPihak yang dilantik dalam akad wakalah. Wakil individu hendaklah berakal dan baligh tetapi dalam mazhab Syafii, individu yang mumaiyiz boleh juga dilantik sebagai wakil hanya untuk urusan memasuki rumah, menyampaikan hadiah, menunaikan haji, kerja sukarela, menyembelih binatang korban dan mengagihkan zakat. Dalam mazhab Hanafi, kanak-kanak yang mumaiyiz boleh dilantik sebagai wakil.
tawkilmelantik wakilPerniagaan IslamTiadaPelantikan satu pihak sebagai wakil melalui akad wakalah. Pewakilan boleh dilaksanakan melalui ijab kabul, keizinan atau kelulusan. Tawkil boleh dilakukan secara mutlak atau bersyarat dalam pelbagai urusan.
agency based contract for investmentakad pelaburan bersandarkan agensiEkonomiEkonomi IslamAkad antara pemegang akaun pelaburan dengan bank Islam yang menggabungkan akad mudarabah dan akad wakalah. Bank bertindak sebagai mudarib dan ejen. Pemegang akaun melantik bank Islam sebagai ejen untuk melaburkan dana mereka dalam projek tertentu dengan menggunakan prinsip mudarabah. Sekiranya keuntungan melebihi tahap tertentu seperti yang ditetapkan, maka bank Islam akan mengenakan fi sebagai tambahan kepada keuntungan mudarabah. Bayaran fi merupakan insentif kepada bank Islam untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan.
two-stage murabahahmurabahah dua peringkatEkonomiEkonomi IslamPembiayaan murabahah yang melibatkan sekumpulan institusi perbankan Islam. Dalam pembiayaan ini, beberapa bank menyediakan dana kepada sebuah bank ejen tertentu berdasarkan prinsip wakalah untuk membiayai urus niaga tertentu. Bank ejen kemudiannya menawarkan dana tersebut kepada firma perniagaan untuk pembelian barangan dan perkhidmatan berdasarkan prinsip murabahah.
Islamic share brokerbroker saham IslamEkonomiEkonomi IslamIndividu tertentu yang dilantik dan dibenarkan untuk menguruskan jual beli saham Islam di pasaran kedua. Broker merupakan perantara antara penjual dengan pembeli saham berasaskan akad wakalah dan mendapat komisen daripada perkhidmatan yang diberikan. Individu tersebut mestilah memperoleh lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti dan bekerja dengan syarikat pembrokeran.
12

Kembali ke atas