Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Pasang lilin depan pintu;
Kalaulah kita umat Muhammad,
     Kena sembahyang lima waktu.


Lihat selanjutnya...(38)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
new moonanak bulanPerikananAkuakulturBulan baru muncul, iaitu fasa pertama lunar. Kebiasaannya ikan akan memulakan proses pembiakan pada waktu ini. Gonad akan berada dalam fasa matang untuk membiak.
full moonbulan purnamaPerikananAkuakulturBulan penuh, iaitu pada pertengahan bulan antara 14 – 15 hari bulan dalam kalendar lunar. Pada waktu ini, keseluruhan bulan dapat dilihat dari bumi.
septetseptetKesusasteraanPuisiNama bentuk puisi, iaitu rangkap-rangkap puisi yang semuanya terdiri daripada tujuh baris. Contohnya, puisi "Dada Merah Jingga" karya Baha Zain. Cempaka tak bernama gugur di bumi ini waktu hari ayun-temayun dalam musim dukarasa kerana telah lama menunggu setia dari gunung yang turun dengan sumpahnya. (R:1, 7 baris) (R:2, 7 baris) (R:3, 7 baris)
RecamierRecamierKesenianHiasan DalamanPerabot (sofa) bergaya Empire-Directoire yang digunakan reka bentuk bebas halangan renda alenkon sebagai tempat berbaring pada waktu siang. Sofa ini dinamakan sempena nama seorang tokoh kesusasteraan berbangsa Perancis abad ke-19, iaitu Jeanne-Francoise Julie Adelaide Bernard Recamier (1777-1849).
sputum samplesampel kahakKesihatan AwamTiadaCairan pekat yang dikeluarkan daripada saluran pernafasan semasa batuk, yang digunakan sebagai bahan uji untuk mengesan virus penyebab penyakit. Cairan pekat bukan air liur ini biasanya dikumpulkan pada waktu pagi dan kadangkala tiga sampel perlu dikumpulkan secara berturut-turut bergantung pada jenis jangkitan.
slack tidepasang surut genangSains MarinTiadaTurun-naik aras air laut akibat kesan putaran bumi dan tarikan graviti bulan. Pasang surut ini berlaku di kawasan pantai dan muara sungai, lazimnya dua kali pasang dan dua kali surut sehari. Pada waktu air pasang, air laut tenang dan kadangkala mengalir ke hulu sungai sehingga 10 km. Pada waktu air surut, pinggir air jauh ke tengah laut.
comic reliefkelegaan komikKesusasteraanTiadaAdegan yang melegakan buat sementara waktu ketika ketegangan aksi memuncak. Adegan ini biasa ditemui dalam drama tragedi. Contohnya, dalam drama berjudul King Lear oleh Shakespeare. Adegan dalam drama ini dapat dilihat melalui watak fool (badut) bergurau dengan Lear. Adegan ini juga ditemui dalam drama Shakespere berjudul Macbeth melalui watak penjaga pintu yang mabuk. Adegan yang melibatkan penakawan dalam cerita wayang kulit juga dianggap sebagai kelegaan komik. Lihat juga tragedi.
night drivespandu malamUmumTiadaAktiviti ekspedisi pada waktu malam utk melihat haiwan nokturnal dengan menaiki kenderaan dalam kawasan itu. Aktiviti ini popular di Afrika Selatan.
night walkjejak malamUmumTiadaAktiviti berjalan-jalan atau bersiar-siar pada waktu malam di kawasan tertentu. Aktiviti ini juga selalunya dijalankan di kem-kem latihan bagi menguji keberanian dan kekentalan jiwa seseorang.
night time economyekonomi malamKriminologiKeadilan JenayahAktiviti yang dijalankan pada waktu malam dengan tujuan keuntungan terutamanya aktiviti hiburan dan kehidupan malam. Aktiviti ini meningkatkan kebarangkalian berlakunya jenayah tertentu. Contohnya, penggunaan dadah di dalam kelab malam atau pusat hiburan.
123

Kembali ke atas