Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ca:P rationisbah Ca:PVeterinarTiadaNisbah yang sesuai dalam pemberian kalsium dan fosforus pada ternakan untuk mengelakkan kekurangan atau berlebihan salah satu unsur ini yang boleh menyebabkan gangguan metabolisme. Pada umumnya ternakan memerlukan nisbah Ca:P 1:1 hingga 2:1. Walau bagaimanapun, bagi unggas penelur nisbahnya ialah 3-4:1. Jika kalsium terlalu rendah boleh menyebabkan penyakit rikets pada ternakan muda. Pada ruminan, fosforus yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit urinari kalkuli.
abstentiontegah diri; kekecualianSejarahTiada1. Tidak mengundi dalam sesuatu mesyuarat, perhimpunan atau sebagainya, walau pun hadir di majlis berkenaan semasa pengundian dijalankan.,2. Amalan atau tindakan yang menahan diri daripada melibatkan diri dalam politik atau campur tangan antarabangsa.
abstentiontegah diri; kekecualianSains PolitikTiada1. Tidak mengundi dalam sesuatu mesyuarat, perhimpunan atau sebagainya, walau pun hadir di majlis berkenaan semasa pengundian dijalankan.,2. Amalan atau tindakan yang menahan diri daripada melibatkan diri dalam politik atau campur tangan antarabangsa.
parallelselariKejuruteraanTiada1. Sifat garis lurus, lengkung, satah atau permukaan yang sentiasa sama jarak, dan tidak akan langsung bertemu walau sejauh mana pun ia dipanjangkan.,2. Keadaan unsur-unsur litar yang tersambung kepada pasangan pangkalan yang sama, iaitu arus terbahagi di antaranya dan kemudiannya bergabung semula.,3. Keadaan dalam sistem komputer apabila dua atau lebih pemproses beroperasi secara serentak pada satu atau lebih item data.,4. Dua atau lebih bit bagi kata yang dihantar melalui talian yang berlainan pada masa yang sama.
latent periodkala pendamBiologiPatologi1. Tempoh yang bermula daripada proses pengjangkitan sehingga ke peringkat penghasilan propagul patogen yang baru. Walau bagaimanapun, terdapat berbezaan pendapat terutama sekali tentang tempoh bermula, dan berakhirnya kala tersebut. lih. kala pengeraman. 2. Tempoh yang bermul daripada proses pengjangkitan faj sehingga ke peringkat lisisnya sel bakteria. 3. Tempoh yang bermula daripada pemerolehan virus sehingga ke peringkat vektor tersebut menjadi infektif.
intermediate disabilityhilang upaya perantaraanPentadbiran PerniagaanTiada1. Kecederaan atau penyakit yang menyebabkan hilang upaya sehingga tidak boleh dipulihkan. Walau bagaimanapun insured boleh menjalankan tugas-tugas ringan dengan kecekapan yang berkurangan.
floating rate mechanismmekanisme kadar terapungEkonomiEkonomi IslamKaedah penentuan kadar untung yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Kaedah ini menyebabkan kadar untung boleh berbeza antara akad yang melibatkan jumlah hutang yang sama nilai tetapi dilakukan pada masa yang berbeza. Mekanisme ini diperkenalkan kepada instrumen kewangan Islam sebagai pembaharuan kepada mekanisme kadar tetap. Kadar terapung ini berasaskan kadar semasa dalam pasaran wang Islam antara bank campur margin. Contohnya, pada hari Isnin, pelanggan boleh dikenakan kadar terapung yang bersamaan dengan kadar antara bank Kuala Lumpur campur 1%. Pada hari Selasa pula, pelanggan boleh dikenakan kadar terapung yang bersamaan dengan kadar antara bank Kuala Lumpur campur 1%. Walau bagaimanapun, kadar antara bank yang dikenakan adalah berbeza pada hari Isnin dan Selasa. Sinonim mekanisme boleh suai.
wheatgandumVeterinarTiadaSejenis bijirin yang menjadi makanan utama manusia. Bijirin ini mengandungi 82% endosperma, 15% dedak dan 3% germa. Semasa pengilangan, dedak dan germa dipisahkan untuk menghasilkan tepung. Dalam keadaan biasa, pengilangan akan menghasilkan 74% tepung dan 26% residu yang merupakan bahan sampingan. Walau bagaimanapun, terdapat juga varieti gandum yang khusus sebagai makanan ternakan. Bijirin ini biasanya mengandungi 10-12% protein kasar, 1.9-2.2% serabut kasar, 1.6-1.9% lemak dan 1.7% abu. Kandungan tenaganya pula ialah 13-16 MJ/kg. Nama saintifik: Triticum aestivum.
enduranceketahananAeroangkasaTiada1. Jangka masa bagi pesawat udara boleh terbang tanpa mengisi bahan api.,Aliran bendalir yang melebihi halaju bunyi.,Pagar yang diletakkan di bawah sayap pesawat udara, bertujuan menyekat aliran silang di pinggir depan sayap. Ini dapat mengelakkan berlakunya pegun awal di hujung sayap.,1. Jangka masa bagi pesawat udara boleh terbang tanpa mengisi bahan api.,Enzim yang dihasilkan di bahagian pankreas dan bertindak terhadap ikatan glikosidik yang terdapat pada kanji, glikogen, dekstrin dan polisakarida bagi menghasilkan glukosa dan maltosa. Enzim ini dirembeskan melalui air liur sesetengah haiwan seperti ayam dan babi. Walau bagaimanapun, haiwan seperti kuda dan haiwan ruminan tidak mempunyai enzim ini.
stratospherestratosferaSainsHidrometeorologi1. Lapisan atmosfera di atas troposfera tetapi di bawah mesosfera. Ia menganjur dari tropopaus ke ketinggian yang suhunya mula bertambah di sekitar 20 � 25 km. Suhu di stratosfera berjulat dari �45o hingga �75oC. Kadar tukaran suhunya stabil (pada min, hampir isoterma). Ciri yang paling terserlah dalam pola edaran stratosfera ialah kemampatannya; walau bagaimanapun, apabila perubahan berlaku, ia terjadi dengan cepat. Kandungan udara stratosfera pada dasarnya sama dengan atmosfera bawah, dengan tambahan ozon. 2. Lapisan atmosfera yang menganjur ke atas dari tropopaus ke dasar termosfera, iaitu, ke aras suhu minimum pada ketinggian lebih kurang 70 atau 80 km. Dengan takrif ini, stratosfera termasuk mesosfera, ozonosfera, dan semua atau sebahagian daripada kemosfera.
123

Kembali ke atas