illuminated initial letter | huruf berhias warna-warni | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
coral bleaching | pemutihan karang | Perikanan | Tiada | Perubahan warna karang kepada warna putih, disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pencemaran air, peningkatan suhu laut, perubahan tahap kemasinan air atau gangguan oleh haiwan laut yang dikenali sebagai tapak sulaiman mahkota berduri. Karang hidup secara simbiosis dengan tumbuhan laut seperti alga zooxantela dan polip karang, yang menjadikan karang berwarna-warni. Alga merupakan sumber utama makanan bagi karang melalui proses fotosintesis, dan perubahan yang berlaku pada air laut menyebabkan karang kehilangan sumber makanannya dan berubah menjadi warna putih. |
four-colour process | proses empat warna | Kesenian | Tiada | Proses menyalinkan kerja mewarna-warni dengan mengasingkan karya tersebut kepada tiga warna utama, iaitu magenta, kuning dan cyan beserta dengan hitam |
reproductive colour | warna pembiakan | Biologi | Ekologi | Warna yang kelihatan pada bulu burung jantan semasa musim pembiakan, yang bertujuan untuk memikat burung betina. Bulu burung betina pula kurang berwana-warni untuk tujuan perlindungan apabila berada di dalam sarang. |
Chinese embroidery | sulam Cina | Kesenian | Tiada | Seni jarum bercorak rumit yang mempunyai satu permukaan atau luar dalam, disulam dengan benang sama ada satu warna atau berwarna-warni dengan menggunakan jahit sulam di atas fabrik sutera atau baldu. |
film-in-colour | filem warna | Komunikasi | Tiada | Filem yang berwarna-warni. |
coral reef | terumbu karang | Perikanan | Tiada | Struktur batuan sedimen daripada kapur (aragonit) yang terbentuk di dasar lautan. Pada terumbu karang, terdapat organisma dominan yang terdiri daripada filum knidaria (kumpulan haiwan air berbadan lembut seperti ubur-ubur, buran laut, hidra) yang merembeskan bahan kalsium karbonat sebagai pembentuk utama terumbu. Terumbu karang biasanya mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi, menjadi habitat pelbagai spesies ikan karang, krustasia, moluska dan invertebrat. Kawasan terumbu karang menjadi tempat aktiviti rekreasi seperti selam skuba dan selam permukaan kerana rupa bentuk dan warna terumbu karang yang berwarna-warni. |