Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.sap] | واسڤ

Definisi : wap yg terbebas drpd cecair mudah meruap yg kelihatan spt asap, biasanya beracun dan kuat baunya; mewasapi mengenakan atau menyemburkan wasap pd sesuatu tempat dsb utk membasmi hama, serangga dsb: pihak berkuasa tempatan telah ~ kawasan perumahan itu utk mencegah pembiakan nyamuk Aedes; pewasapan perihal (proses, perbuatan dsb) mewasapi: ~ ini akan membasmi segala serangga perosak yg mungkin terdapat bahan tumbuhan itu; pewasap bahan atau alat yg digunakan utk mewasapi: kaedah ini juga melibatkan pendedahan kpd bahan kimia spt asap dan bahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.sap] | واسڤ

Definisi : asap, wap atau gas yg kuat baunya. berwasap mengeluarkan wasap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wasap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bronchitisbronkitisHerbaPemiawaianRadang pada tiub bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau akibat jangkitan bakteria. Komplikasi penyakit lain, seperti campak atau influenza juga boleh mengakibatkan keadaan ini. Bronkitis boleh dirawat dengan menggunakan minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra).
production areakawasan pembuatanHerbaTiadaSuatu bahagian kawasan bersih di dalam sebuah kilang yang digunakan untuk memproses bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Bangunan, kemudahan dan peralatan di dalam kawasan pembuatan ini perlu dibina, diurus dan diselenggara menurut keperluan Amalan Pengilangan Baik. Kawasan memproses bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba yang boleh menjanakan habuk, wap atau wasap seperti di tempat pengisaran, pemanasan atau perebusan perlu mempunyai ekzos udara. Aktiviti pensampelan, penimbangan, pengadunan dan pemprosesan perlu dijalankan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kontaminasi silang.

Kembali ke atas