Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wi.ba.wa] | ويباوا

Definisi : = kewibawaan 1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg pemimpin persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin yg dikurniai daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu seorang diktator; ~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; 2. sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah institusi atau terbitan yg menjadi­kannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan dan pengembangan bahasa; berwibawa = berkewibawaan mempunyai wibawa (kewibawaan): penggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya jika kamus tersebut ~; utk menjadi media massa yg ~, maka gaya, isi, dan pendekatannya harus ditumpukan pd manusia dan permasalahannya yg sebenar; pemimpin juga harus cekap berfikir, cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi, serta sentiasa bercakap positif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wi.ba.wa] | ويباوا

Definisi : , = kewibawaan 1 kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. 2 kuasa dan hak memberi perintah yg mesti diikut. berwibawa 1 mempunyai kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. 2 berkuasa dan berhak mengeluarkan perintah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wibawa
Kata Terbitan : kewibawaan, berwibawa,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jargonjargonKesusasteraanTiadaCampuran pelbagai bahasa dalam penulisan untuk melahirkan perkataan atau ungkapan karut. lam kesusasteraan, penggunaan jargon boleh memwa kesan lucu, wibawa atau khusus terhadap sesebuah karya.an, dan kejuruteraan. nJargon juga merujuk kepada istilah dan frasa khusus dalam sesuatu profesion seperti undang-undang, perubatan, dan kejuruteraan. Dalam kesusasteraan, penggunaan jargon boleh memwa kesan lucu, wibawa atau khusus terhadap sesebuah karya.
metonymymetonimiKesusasteraanTiadaKiasan kata yang menggantikan sesuatu benda dengan benda yang lain pada sifat yang ada. Contohnya, mahkota untuk monrki. Perkataan �mahkota� dalam contoh di atas membawa konotasi daulat, wibawa, istiadat, keagungan dan feudalisme. Contoh lain ialah �bunga� untuk wanita, �kumbang� untuk lelaki dan �pentas� untuk teater. Istilah metonimi berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna �penukaran nama�.

Kembali ke atas