Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = yang-yang dewa; beryang-yang membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa: maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~; Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dlm taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat; kayangan tempat kediaman segala dewa, keinderaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = yang-yang dewa. beryang-yang memuja dewa-dewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang II


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
type II vascular bundleberkas vaskular jenis IIBuluhTiadaBerkas vaskular yang mempunyai selaput serabut tidak bersimetri dan salah satu sisinya terletak pada bahagian protoxilem, bersaiz lebih besar dan berbentuk seperti kipas. Berkas vaskular jenis II hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis sempit tengah.
angiotensin IIangiotensin IIKejururawatanTiadaBahan yang terhasil daripada angiotensin I oleh enzim di paru-paru yang berupaya merangsang penghasilan aldosteron dan mengakibatkan vasokonstriksi.
photochemical switchsuis fotokimiaFizikNanoteknologiSuis molekul yang dirangsang oleh cahaya yang menyebabkan molekulnya dapat beralih di antara dua atau lebih keadaan tenaga atau struktur yang stabil dan dapat berbalik. Contohnya, kompleks rutenium (II) yang molekulnya dapat berbalik apabila cahaya ultralembayung 254 nm menjadi suis tertutup, dan apabila diberi cahaya 600 nm akan menjadi suis terbuka. Suis ini dapat digunakan dalam pembuatan komputer molekul.
change in manufacturing sitepertukaran tapak pengilanganHerbaPeraturan dan PemasaranTindakan mengubah premis pengilangan suatu produk berdaftar dari premis asal produk didaftarkan ke premis yang baharu. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia, kelulusan pertukaran tapak pengilangan untuk produk berdaftar diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Pemegang pendaftaran dan/atau pengilang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk mereka. Terdapat lima jenis pertukaran tapak pengilangan, iaitu: i. Jenis I: pertukaran tapak premis dalam di negara; ii. Jenis II: pertukaran luar negara ke Malaysia; iii. Jenis III: pertukaran di luar negara; iv. Jenis IV: pertukaran untuk kategori khas produk; dan v. Jenis V: bagi situasi krisis. Jenis ll, lll, IV dan V, memerlukan permohonan pertukaran tapak pengilangan.
coulometric titrationpentitratan kulometriKimiaKimia AnalisisKaedah penentuan bahan berdasarkan tindak balas bahan itu dengan reagen yang dijanakan secara elektrolisis. Misalnya, tindak balas pengoksidaan Ferum (II) oleh serium (IV) yang dijanakan secara elektrolisis.
chelatekelatKimiaKimia AnalisisLigan multidentat yang boleh membentuk ion kompleks dengan logam untuk membentuk struktur gelang, contohnya etilena diamina yang mengkompleks dengan ion zink (II) bagi membentuk Zn (en)22+
lyric poetrypuisi lirikKesusasteraanPuisiPuisi yang sangat peribadi sifatnya. Apabila puisi lirik ini dibaca secara senyap atau dideklamasikan, kesannya akan menyentuh perasaan dan hati nurani pembaca atau pendengar. Contohnya, puisi "Berkolek Bersajak (i)"' dan "Berkolek Bersajak (ii)" dalam antologi Pengantin Laut karya J.M. Aziz.
meiotic divisionpembahagian meiosisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pembentukan sel gamet. Pembahagian meiosis terdiri daripada dua bahagian yang berlaku berturut-turut, iaitu meiosis I dan meiosis II.
health supplementtambahan kesihatanHerbaPeraturan dan PemasaranProduk yang didakwa boleh mengekalkan, meningkatkan dan memperbaiki fungsi kesihatan badan manusia. Produk ini dihasilkan dalam bentuk dos berunit kecil seperti kapsul, tablet, serbuk, cecair dan tidak termasuk sebarang sediaan steril (suntikan dan titis mata). Produk ini juga mungkin mengandungi satu atau lebih, atau gabungan bahan seperti yang berikut: i. vitamin, mineral, asid amino, asid lemak, enzim, probiotik, dan bahan bioaktif lain; ii. bahan semula jadi seperti haiwan, mineral, dan bahan herba sama ada dalam bentuk ekstrak, bahan terpencil, pati atau metabolit; iii. sumber sintetik bagi bahan yang disebut dalam (i) dan (ii) hanya boleh digunakan jika terbukti keselamatannya.
Poisons Act 1952Akta Racun 1952HerbaPeraturan dan PemasaranAkta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989.
12

Kembali ke atas