non-state actor | aktor bukan negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aktor dalam politik antarabangsa yang bukan merupakan sebuah negara. Biasanya aktor dalam politik antarabangsa terdiri daripada negara yang bersaing dan berperanan dalam hubungan antarabangsa. Aktor daripada kelompok bukan negara seperti pertubuhan multinasional, Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kelompok pemisah seperti Gerakan Acheh Merdeka dan pertubuhan sukarela transnasional seperti Greenpeace dan WWF. |
third party beneficiary | waris pihak ketiga | insurans | Tiada | Seseorang yang bukan merupakan salah satu pihak kepada sesuatu kontrak tetapi mempunyai hak ke atas kontrak tersebut. Contoh: waris insurans hayat, pemegang gadai janji atau ahli kepada pelan insurans berkumpulan. |
hepatosis | hepatosis | Herba | Fitoterapi | Sebarang gangguan pada fungsi hati yang bukan disebabkan oleh keradangan. |
occasional criminals | penjenayah sambilan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pelaku jenayah yang bukan profesional dan tidak menjadikannya sebagai karier. Pelaku jenayah ini melakukan jenayah secara tidak terancang dan hanya melakukannya apabila ada godaan atau faktor pemangkin seperti keperluan peribadi atau sosial. |
pre-owned | pernah milik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Keadaan sesuatu barangan yang bukan baharu dan pernah dimiliki oleh individu lain sebelumnya seperti kereta, jam dan sebagainya. |
pre-owned | pernah milik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Keadaan sesuatu barangan yang bukan baharu dan pernah dimiliki oleh individu lain sebelumnya seperti kereta, jam dan sebagainya. |
third party liability | liabiliti pihak ketiga | insurans | Tiada | Liabiliti insured ke atas salah seorang yang bukan merupakan salah satu pihak dalam kontrak insurans. |
location outside facilities (LOF) | kawasan di luar kemudahan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pepasangan atau lokasi yang bukan kemudahan nuklear dengan jumlah penggunaan bahan nuklear tidak melebihi satu kilogram efektif. |
third party; fire and theft | pihak ketiga; kebakaran dan kecurian | insurans | Tiada | Polisi insurans motor pihak ketiga yang bukan sahaja melindungi kerosakan harta, kecederaan anggota dan kematian pihak ketiga tetapi juga kebakaran dan kecurian kereta empunya polisi. |
horizontal/lateral gene transfer | pemindahan gen mendatar | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pemindahan bahan genetik daripada organisma penderma kepada organisma penerima yang bukan zuriat (anak) melalui proses transduksi, transformasi dan konjugasi. Pemindahan gen mendatar ini merupakan faktor penting dalam evolusi organisma. |