Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.lim]/[ẓa.lim] | ظاليم

Definisi : tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam: raja adil raja disembah, raja ~ raja disanggah; menzalimi, menzalimkan ark berbuat sewenang-wenang (kpd), menganiaya, menindas:suaminya benar-benar ~nya; terzalim dizalimi: umat Islam yg teraniayadan ~; kezaliman perihal (keadaan) zalim, perbuatanyg tidak adil, kebengisan: kekejaman dan ~ itu sebenarnya tidak ada jika tidakmanusia sendiri mengadakannya; penzaliman perbuatan menzalimi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.lim]/[ẓa.lim] | ظاليم

Definisi : tidak mempunyai belas kasihan; tidak berlaku adil; kejam: Rakyat sangat benci kpd raja yg ~. menzalimi berlaku zalim terhadap: Berdosa besar jika kamu ~ anak-anak yatim. kezaliman hal atau sifat zalim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
zalim (adjektif)
Bersinonim dengan tidak berperikemanusiaan, tidak adil, bengis, kejam, buas, tiada belas kasihan, tidak berhati perut, buta hati;,
Kata Terbitan : menzalimi, kezaliman,

Peribahasa

Anak harimau diajar makan daging.

Bermaksud :

Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tyranny of the majoritytirani majoritiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sebuah kerajaan majoriti yang zalim. Walaupun pemerintahan ini mendapat legitimasi majoriti, namun pemerintahannya berlaku secara tidak adil. Pemerintah memberi kelebihan kepada golongan majoriti dan bertindak kejam terhadap golongan minoriti. Golongan minoriti tidak diberi hak yang sewajarnya dan ditindas dalam segala aspek. Contohnya, pemerintahan Kerajaan Serbia menjelang abad ke-21 dan pemerintahan Nazi Jerman terhadap minoriti Yahudi.
despotismsistem kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang tidak membenarkan kebebasan dan persaingan poIitik serta dilaksanakan secara zalim serta dikuasai oIeh individu atau kelompok tertentu. Dalam sistem ini, hak poIitik masyarakat seperti mengundi, berpersatuan, bersuara dan sebagainya dihalang. Kebenaran hanya diberikan kepada kelompok yang menyokong pemerintahan tersebut. Kuasa politik dalam sistem ini bersifat terpusat dan dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Parti politik lain pula tidak dibenarkan wujud kecuaIi parti pemerintah. Media massa dan segala penyebaran maklumat dikawal sepenuhnya oleh pemerintah. Sebarang bentuk penentangan politik akan dihukum seperti diseksa, dibuang negara atau dibunuh. Penentangan politik dalam sistem ini hanya wujud secara berselindung atau rahsia seperti gerakan bawah tanah. Contohnya, Rusia di bawah pemerintahan Stalin berada dalam pemerintahan kuku besi.
democratic despotismdemokrasi fahaman kuku besiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang dilaksanakan secara kejam oleh pihak pemerintah. Sistem ini berselindung di sebalik nama demokrasi yang menonjolkan dasar melindungi kepentingan rakyat namun pada hakikatnya ia bersifat pemerintahan mutlak, zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dalam sistem ini, hak rakyat ditindas dan tidak dipedulikan. Sebarang penentangan atau kritikan terhadap pemerintah akan dihukum bunuh, penjara atau buang negara. Demokrasi ini sering dikaitkan dengan amalan politik negara bekas fahaman sosialis di Eropah Timur pada suatu ketika dahulu dan di negara Afrika. Contohnya, Uganda di bawah pentadbiran Idi Amin dianggap sebagai demokrasi fahaman kuku besi. Sinonim demokrasi kuku besi.
anthropomorphismantropomofismeKesusasteraanTiadaPemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen �Langit Makin Mendung� oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti �manusia dan bentuk�. Lihat juga bertiari.
exemplumcerita moralKesusasteraanTiadaCerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale oleh Chaucer. Cerita moral banyak terdapat dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, khususnya dalam karya kitab agama Islam. Pengarang kitab zaman silam sering menghuraikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan nilai moral manusia dengan selingan cerita nasihat bersumberkan pelbagai kitab Arab, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan para nabi, ulama, raja dan orang alim. Cerita moral juga menjadi bahan penceritaan yang penting dalam sastera kanak-kanak untuk menyampaikan pengajaran kepada golongan pembaca berkenaan. Lihat juga anekdot, fiksyen moral.

Kembali ke atas