Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.min.dar] | زاميندر

Definisi : ark sl tuan tanah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zamindar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oppressionpenindasanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menguasai dan mengambil keuntungan oleh pihak yang lebih berkuasa terhadap golongan yang lebih lemah. Golongan berkuasa melakukan pemerasan dengan memerah tenaga buruh atau mendapatkan sebarang khidmat golongan lemah untuk kepentingan mereka. Penindasan boleh berlaku dalam pelbagai aspek seperti politik, budaya, ekonomi, sosial dan pendidikan. Melalui penindasan ini, golongan atasan mendapat keuntungan yang tinggi manakala golongan bawahan hidup dengan lebih terhimpit, tidak diberi peluang yang sama, hak yang sepatutnya dan disekat kebebasan berpolitiknya. Contohnya, golongan Kulak (Rusia), Zamindar (India), Komprador (Amerika Latin) dan Kapitalis (Great Britain) menindas golongan buruh dan petani dalam masyarakat masing-masing.
kulakkulakSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan petani kaya yang menguasai perkembangan ekonomi luar bandar pada abad ke-19 di Rusia. Mereka memiliki tanah yang luas dan mengupah petani lain bagi mengerjakan tanah mereka dengan upah yang rendah. Tindakan ini menyebabkan kedudukan mereka dikritik hebat sebagai pemeras, terutamanya oleh parti komunis Rusia pada waktu itu. Selain menjadi tuan tanah, mereka juga menjadi sumber kepada petani bawahan meminjam wang, meminta kerja dan berbagai-bagai bentuk bantuan lain sehingga mereka menjadi golongan penting dalam masyarakat tani Rusia. Keadaan ini tidak banyak berbeza dengan hazienda di Amerika Latin dan zamindar di India.

Kembali ke atas