menopaus | menopause | Peringkat terhentinya haid secara semula jadi yang berlaku pada wanita pada peringkat umur antara 45 hingga 55 tahun. | Menengah Rendah |
menopaus | menopause | Keadaan apabila ovulasi dan kitaran haid seseorang wanita berhenti secara semula jadi, biasanya berlaku pada umur 45 tahun ke atas. | Menengah Atas |
plasma | plasma | Cecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah. Komposisi darah terdiri daripada dua komponen utama, iaitu plasma (55%) dan komponen sel (45%). | Menengah Rendah |
periskop | periscope | Alat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan. Alat ini digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di atas permukaan air laut. Lihat Rajah | Menengah Rendah |