Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tin.dih] | برتينديه

Definisi : 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tin.dih] | برتينديه

Definisi : 1 bersusun yg satu di atas yg lain; berlapis(-lapis): Pinggan kotor ~-tindih di dapur. 2 berasak-asak kerana orang terlalu banyak atau tem­pat terlalu sempit: Penumpang dlm bas itu ~-tindih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertindih

Puisi
 

Pokok keduduk bercabang tiga,
     Akar palas bersimpul pulih;
Sungguh duduk bertindih riba,
     Jangan diharap kata nak boleh.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Jika berpuluh-puluh kali batang beralih (= bertindih),
     cacing di bawah juga.

Bermaksud :

Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
interferensinterferenceFenomena yang wujud apabila dua gelombang yang koheren bertindih dan merambat melalui kawasan yang sama.Menengah Atas
interferens memusnahdestructive interferenceFenomena yang berlaku apabila dua gelombang koheren bertindih dengan satu lembangan gelombang, lalu menghasilkan amplitud sifar.Menengah Atas
corak interferensinterference patternsCorak keseluruhan yang terbentuk apabila dua atau lebih gelombang saling bertindih atau superposisi. Lihat RajahMenengah Atas
interferens membinaconstructive interferenceFenomena yang berlaku apabila dua puncak gelombang atau dua lembangan gelombang koheren bertindih secara serentak, menghasilkan amplitud bersamaan gabungan vektor kedua-dua amplitud gelombang asal.Menengah Atas

Kembali ke atas