magnet | magnet | Bahan yang berupaya mengenakan daya tarikan ke atas bahan yang diperbuat daripada besi. | Menengah Rendah |
organisma | organism | Haiwan, tumbuhan dan hidupan yang berupaya menjalani proses hidup. | Sekolah Rendah |
zimase | zymase | Enzim yang diperoleh daripada yis dan berupaya memecahkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida. | Menengah Atas |
antigen | antigen | Protein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi. | Menengah Atas |
penjana Van de Graaff | Van de Graaff generator | Penjana yang berupaya menghasilkan kuantiti cas elektrik yang tinggi. Alat ini digunakan untuk menghasilkan cas elektrostatik. | Menengah Rendah |
sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) | Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS) | Penyakit yang menyebabkan seseorang tidak berupaya melindungi diri daripada serangan penyakit. | Sekolah Rendah |
herbivor | herbivore | Haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan sahaja. Herbivor mempunyai gigi yang disesuaikan untuk mengisar tumbuh-tumbuhan. Sistem pencernaannya berupaya untuk mencerna bahan selulosa. Contohnya, rusa dan lembu. | Menengah Rendah |
anemia | anaemia | Penyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. | Menengah Rendah |
sindrom kurang daya tahan penyakit | AIDS | Penyakit yang disebabkan oleh virus imunodefisiensi manusia (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam badan seseorang tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit. | Menengah Rendah |
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) | Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS) | Sindrom pada manusia yang disebabkan oleh virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit. | Menengah Atas |