kod warna antarabangsa | international colour code | Kod bagi warna yang telah dipiawaikan untuk memasang pendawaian yang betul bagi plag tiga pin. Wayar hidup berwarna coklat, wayar neutral berwarna biru dan wayar bumi berjalur hijau dan kuning. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kekabu | kapok | Sejenis pokok yang buahnya berisi bahan seperti kapas dan berwarna putih. Buah kekabu yang matang, akan pecah dan memencarkan biji berwarna perang gelap yang diselaputi kekabu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
penolakan cahaya berwarna | subtraction of coloured light | Proses yang apabila turas warna hanya membenarkan satu warna sahaja boleh melaluinya. | Menengah Atas |
klorofil | chlorophyll | Bahan berwarna hijau yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan hijau, terutamanya pada daun. Klorofil menyerap tenaga cahaya untuk digunakan semasa proses fotosintesis. | Menengah Rendah |
kapur | lime | Bahan berwarna putih dan halus yang terhasil daripada batu sedimen dan membentuk batuan yang terdiri daripada mineral kalsium. | Menengah Rendah |
iris | iris | Bahagian berwarna yang terdapat di sekeliling anak mata. Iris berfungsi untuk mengawal saiz anak mata dan jumlah cahaya yang memasuki mata. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
hempedu | bile | Bendalir berwarna hijau yang dirembeskan oleh hati, berasa pahit dan disimpan dalam pundi hempedu untuk membantu membaurkan lemak semasa proses pencernaan makanan. | Menengah Rendah |
hati | liver | Organ berwarna merah gelap yang terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen. Hati berfungsi menghasilkan hempedu dan menyingkirkan bahan-bahan toksik dari badan. | Menengah Rendah |
melanin | melanin | Pigmen berwarna perang gelap yang biasanya terdapat dalam retina, kulit, dan rambut haiwan albino. | Menengah Atas |
limfa | lymph | Cecair berwarna kekuningan yang terdapat dalam salur limfa. | Menengah Atas |