pigmen | pigment | 1. Sebarang bahan berwarna yang terdapat di dalam tisu organisma. Contohnya, kloroplas dan fitokrom pada tumbuhan, dan hemoglobin pada darah. 2. Kepekaan terhadap tindakan tenaga sinaran. Contohnya, cahaya. | Menengah Atas |
kod warna antarabangsa | international colour code | Kod bagi warna yang telah dipiawaikan untuk memasang pendawaian yang betul bagi plag tiga pin. Wayar hidup berwarna coklat, wayar neutral berwarna biru dan wayar bumi berjalur hijau dan kuning. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kekabu | kapok | Sejenis pokok yang buahnya berisi bahan seperti kapas dan berwarna putih. Buah kekabu yang matang, akan pecah dan memencarkan biji berwarna perang gelap yang diselaputi kekabu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
logam alkali | alkaline metal | Unsur logam yang tergolong dalam kumpulan 1 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada barilium, magnesium, kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium. Logam alkali bersifat lembut, berwarna putih-perak, merupakan logam elektropositif, bertindak cergas dengan air dan sangat reaktif. | Menengah Atas |
kalsium klorida kontang | anhydrous calcium chloride | Serbuk berwarna putih yang menyerap wap air. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
peluh | sweat | Cecair masin dan tidak berwarna yang dirembes oleh kulit mamalia untuk menyejukkan badan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
gigi | tooth | Struktur keras berwarna putih yang tumbuh pada gusi manusia dan haiwan, berfungsi untuk mengunyah dan menghancur makanan.1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kapas | cotton | Bahan lembut dan berwarna putih yang meliputi biji pokok kapas. Kapas biasanya digunakan untuk membuat kain. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
arang | charcoal | Bahan daripada kayu yang diproses menjadi bahan bakar berwarna hitam, keras dan rapuh. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
iris | iris | Bahagian berwarna yang terdapat di sekeliling anak mata. Iris berfungsi untuk mengawal saiz anak mata dan jumlah cahaya yang memasuki mata. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |